terjemahan | 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanggapi | 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggap I | menanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhatikan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pancaindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; bertanggapan mempunyai tanggapan; menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan berusaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm hati (fikiran); tanggapan 1. apa yg diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerapan: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg menunjukkan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertunjukan (wayang golek dll); penanggapan perbuatan (cara dsb) menanggap, pencerapan; penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terjemah | menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan; menterjemahkan 1. memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan: masalah kekurangan buku dlm bahasa kebangsaan boleh diatasi dgn ~ buku-buku bahasa Inggeris; 2. ki membawa pengertian, mentafsirkan: penguat-kuasaan boleh diterjemahkan sbg langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain; 3. menukarkan atau mengubah sesuatu kpd keadaan, bentuk dsb yg konkrit atau nyata: segalanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita ~ impian itu kpd pelan tindakan yg berkesan; terjemahan 1. hasil drpd menterjemahkan, yg (telah) diterjemahkan: di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~; 2. cara (gaya, kaedah) menterjemah; ~ bebas cara menterjemah yg menunjukkan bahawa penterjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yg diterjemahkan; penterjemahan perihal (kerja, usaha, dsb) menterjemahkan; penterjemah orang yg menterjemahkan sesuatu, juruterjemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |