draf | 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan menyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, terutamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Negeri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menyediakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |