Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipulangkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memulangkan1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
meminta kembali sesuatumeminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan);Kamus Dewan Edisi Keempat
wang kembaliwang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit;Kamus Dewan Edisi Keempat
pulangan1 ist hasil atau keuntungan drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyurutkan1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan);Kamus Dewan Edisi Keempat
pulangan1 ist hasil drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga.Kamus Pelajar
buntarbulat, bundar; (tengah) ~ bayang-bayang (membayang) tengah hari benar; ~ dikeping, suarang diagih prb Mn harta persyarikatan dibahagikan, tetapi harta pembawaan dipulangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
suarangMn harta yg diperoleh oleh suami isteri selama dlm perkahwinan, milik bersama (syarikat dll); ~ diagih, sekutu dibelah prb jika dua orang suami isteri bersetuju bercerai harta pencarian bersama dibagi dua dan harta pembawaan dipulangkan kpd kaum masing­masing; bersuarang NS bermesyuarat antara pihak lelaki dan pihak perempuan utk bercerai dan membahagi harta pencarian bersama; menyuarangkan bersama-sama mencari harta, menjadikan milik bersama.Kamus Dewan Edisi Keempat
kembali1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pulang1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas