menyamarkan | 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadikan diri tidak dikenal orang (dgn menukar pakaian dll), masuk ke dlm kalangan tertentu (utk mencari rahsia, melakukan pengkhianatan, dll): Wan Intan sendiri telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia; 3. menyembunyikan (melindungkan) sesuatu drpd yg sebenarnya: Raja Harman Shah pun terlalu marah, maka disamarkan baginda dgn tersenyum-senyum; ~ diri menyaru, merupakan diri sbg; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samaran | sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samaran | sesuatu yg disamarkan atau disem-bunyikan (nama, rupa, dll), sesuatu yg diguna-kan utk menyamarkan diri (pakaian dll): rumah itu berbumbung zink yg ditutup dgn daun nipah dan lain-lainnya sbg ~; nama ~ nama yg bukan nama yg sebenarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samaran | sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. | Kamus Pelajar |
samar, = samar-samar | samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. | Kamus Pelajar |
jerangkap samar | jerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg disembunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau terlanggar jerangkap tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jerangkap | 1. sesuatu yg digunakan utk menangkap musuh atau haiwan: kadang-kadang ~ itu terkena binatang buas; 2. ki tipu muslihat dsb yg bertujuan utk memperdayakan orang lain: dia begitu mudah masuk ke ~ komunis utk mencapai cita-cita politiknya; ~ samar jerangkap spt bom, periuk api, buluh runcing dsb yg disembunyikan atau disamarkan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kpd mangsa yg tersentuh, terpijak atau terlanggar jerangkap tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
samar | , = samar-samar 1 tidak berapa terang pd pandangan; agak kabur: Kawasan sekitar bandar itu kelihatan ~ kerana kabus tebal. 2 tidak berapa jelas (bkn khabar dll); tidak cukup alasan atau bukti: Berita yg diterima itu masih ~. menyamar mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; tidak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. menyamarkan 1 menjadikan tidak dikenali orang (dgn memakai sesuatu dll): Seorang pegawai tentera telah keluar ~ dirinya utk mencari rahsia musuh. 2 menjadikan tidak berapa terang dipandang; mengaburkan: Utk ~ dewan tari-menari itu, lampu-lampu berwarna biru dan merah telah dipasang. samaran sesuatu yg disamarkan (nama, rupa dll): nama ~. kesamaran keadaan atau hal samar: Sekiranya ada ~ dan kekeliruan dlm masalah akidah, mereka bertanya kpd Nabi. penyamaran perbuatan (atau hal) menyamar atau menyamarkan. penyamar orang yg menyamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
samar | = samar-samar 1. kurang jelas (pd pelihatan), agak kabur: ketika itu wajah ayahnya terbayang samar-samar; di dlm cahaya yg samar-samar itu mata mereka bertentang tepat; 2. kurang terang (sesuatu kenyataan, keterangan, bukti, dll), masih ter-sembunyi, tidak nyata: sebab-sebab mengapa ia dibunuh masih samar-samar lagi; 3. tidak dgn terang-terang, tersembunyi: dia datang itu dgn maksud yg ~; (waktu) ~ muka = (waktu) samar-samar daun waktu petang benar (daun atau muka orang tidak jelas kelihatan lagi); menyamar 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; menyamarkan 1. menjadikan kurang terang (cahaya), mengaburkan: lampu-lampu merah dan biru yg sengaja disamarkan sudah terpasang; 2. menjadik | Kamus Dewan Edisi Keempat |