qiraat | Ar bacaan: al-Quran disempurnakan dgn ~ yg berlainan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qiraah | Ar bacaan: al-Quran disempurnakan dgn ~ yg berlainan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembukan | pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas | 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas | 1. tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi:Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~, 2. disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik):Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3. kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mertuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak:Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas:Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas:Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1. apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2. bahan (spt lilin, cat dll) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan atau hal mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan:~ bilik. | Kamus Pelajar |
koyak | carik, rabak, sobek: bajunya ~ kerana terkait pd sebatang paku di dinding; ~ rabak koyak atau koyak-koyak yg panjang atau lebar; ~ baju mahu ukur badan prb merosakkan barang yg hendak dibaiki (disempurnakan); ~ tak berbunyi prb sesuatu keburukan (keaiban) yg berlaku dgn tidak diketahui orang; tak mahu ~ kulit, ~ kain mahu juga prb sanggup berkorban harta benda walaupun tidak sanggup mengorbankan diri; mengoyak menjadi besar atau terbuka (luka): lukanya yg hampir-hampir sembuh dahulu itu ~ sekali lagi; bagai bunyi orang dikoyak (dicabik) harimau prb menjerit-jerit (melaung-laung) kuat-kuat; mengoyakkan, mengoyak-ngoyakkan menyiat(-nyiat), mencabik(-cabik), mencarik(carik): tanganku segera ~ sampul surat itu; terkoyak tersiat, tercarik: cebis-cebis kain yg ~ drpd bajunya; ~ isinya akibat tikaman lading musuhnya; kekoyakan keadaan koyak: perineum memerlukan masa utk pulih semula drpd luka-luka dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembuk | bicara, muafakat, nasihat, runding; berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya; merembukkan membicarakan, memuafakatkan, merundingkan: kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai; rembukan pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya; perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |