nyeri | sakit spt ditusuk-tusuk jarum dsb pd mana-mana bahagian tubuh, terutamanya apabila disentuh, ditekan dsb: bola mata terasa sakit dan ~ apabila ditekan; kenyerian rasa nyeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenyal | 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertekan | ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertindas | ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertekan | 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pedal | (pédal) perkakas yg ditekan dgn kaki (spt pd basikal, mesin jahit, dll) utk menggerakkan sesuatu bahagian dlm mekanisme, pijak-pijak, injak-injak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek kaki | brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mata piano | bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberi | mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beruli | (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk tepung yg sudah ~ ke hadapannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |