Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
piawaian antara muka(interface standard)1. Penentuan teknik tentang ciri sistem dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan peranti atau litar dengan sistem. 2. Penentuan dan peraturan yang ditetapkan untuk memadankan atur cara lain dengan atur cara yang sedia ada.Kamus Komputer
penapis(filter)1. Peranti yang mengizinkan isyarat atau bahan lain masuk mengikut penentuan pemisahan yang ditetapkan. 2. Kata data yang bertindak meluluskan bit data tertentu sahaja berdasarkan corak bit yang ditetapkan, iaitu apabila kata data tersebut digabungkan dengan kata data yang datang.Kamus Komputer
jangka II= ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (had­nya);Kamus Dewan Edisi Keempat
disiplin1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
awal1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
teruntuk1. sudah ditetapkan sbg bahagian seseorang (sesuatu keperluan dll); 2. ditetap-kan (dikhususkan) bagi seseorang;Kamus Dewan Edisi Keempat
keputusan1 sesuatu yg ditetapkan sesudah dibincangkan; hasil drpd sesuatu perbincangan; kesimpulan: ~ perbicaraan itu belum diketahui lagi. ~ peperiksaan itu akan disiarkan dlm surat khabar. 2 mengalami kekurangan atau tidak adanya sesuatu; kehabisan: Sampai di tengah jalan, kenderaan kami telah ~ minyak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kadar faedahkadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit;Kamus Dewan Edisi Keempat
jam bicarawaktu yg ditetapkan utk menerima tetamu;Kamus Dewan Edisi Keempat
diet1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas