Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditimba

Puisi
 

Nak ruang ruang selasih,
     Jangan ditumbuk ditimba lagi;
Nak buang buanglah kasih,
     Jangan disebut sapa lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bukan air muara yang ditimba,
     tetapi sudah disauk dari hulunya.

Bermaksud :

Perkhabaran yang benar.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tertimbadapat ditimba;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiada tertimbatiada dapat ditimba;Kamus Dewan Edisi Keempat
tohor2 tidak berair kerana ditimba dll; hampir kering.Kamus Pelajar
tohor1 tidak dalam; dangkal: Sungai itu ~. 2 tidak berair kerana ditimba dll; hampir kering. menohorkan membuat supaya tohor; menjadikan tohor. ketohoran keadaan tohor.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tohor1. tidak dalam, cangkat, tohor, dangkal: sungai yg ~; 2. Mn tidak berair kerana ditimba dll, hampir kering; 3. Mn habis (wang dll); kapur ~ kapur hidup; ~-~ sealahan prb tiap-tiap kerja itu hendaklah diselesaikan satu-satu (selesai satu barulah dibuat yg lain); bertohor Mn berkering; tidak ~ kaki (kain) sentiasa sibuk bekerja; ~ air liur sudah banyak memberi nasihat tetapi tidak juga berkesan; menohorkan 1. Mn mengeringkan; 2. mem­bawa ke tempat yg tohor (cangkat, cetek); ketohoran 1. perihal tohor, kekeringan; 2. ki kehabisan (wang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menimba1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, di­timba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
timba Isj bekas utk mencedok air di perigi dll; ~ ruang a) timba utk membuang air di perahu; b) ruang (petak) di tengah-tengah perahu; diperlelar ~ ke perigi, tak sekali, sekali pecah = jangan diperlelar ~ ke perigi, kalau tak putus, genting prb jangan diulang-ulang per­buat­an jahat, lambat-laun mendapat sesuatu bencana juga; bertimba menggunakan timba, sedang meng-ambil air dgn menggunakan timba; ~ karang bergaduh (berkelahi), berbuat kecoh (bising); ~ wang Mn hidup senang (mewah); bertimbakan menggunakan sesuatu sbg timba: mandi ~ sebiji besen kecil; menimba 1. mencedok air (drpd perigi dll) dgn timba: kebun-kebun yg hampir dgn tebing sungai boleh diairi dgn ~ air drpd sungai; 2. membuang (mengeringkan) air di perahu dll: maka selalu ditimba perahu itu, tiada berhenti; 3. ki mengambil, memperoleh (pengetahuan dll), mencabut atau mencedok (pengetahuan, maklumat, dsb) drpd sesuatu sumber: pidatonya sangat meyakinkan, di­timba drpd pengalaman sendiri; ini adalah sumber-sumber penting yg mesti ditimba; mereka giat membuka kamus-kamus Sanskrit dan ~ kata-kata bahasa daerah bukan Melayu; tertimba dapat ditimba; tiada ~ tiada dapat ditimba; penimbaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) menimba: ~ ilmu moden; penimba 1. alat utk menimba; 2. orang yg menimba (air, ilmu dll): ~ ilmu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pergelutan1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
karam1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatut­nya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga me­minta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana ke­matian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebab­sebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menye­sal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg meng­akibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam.Kamus Dewan Edisi Keempat
laut I1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, meng­hebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas