Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditinggalkan

Puisi
 

Mari hinggap di pohon rimbu,
     Sayang selasih di tepi perigi;
Setiap hari ku menanggung rindu,
     Kerana kasih ditinggalkan pergi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kura-kura di kaki ditinggalkan,
     penyu di pantai dikejar.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan, d. Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan, e. Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar).

 

Lihat selanjutnya...(30)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
harus1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
harus1. boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2. boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3. berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1. menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2. menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1. keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2. keadaan mungkin; kemungkinan:~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3. sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharusnya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar
tolak tepiditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesan1 tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu; bekas tapak kaki dll; jejak: Kami tidak melihat sebarang ~ manusia di situ. 2 sesuatu yg timbul drpd sesuatu kejadian; akibat: Peperangan akan meninggalkan ~ yg buruk kpd rakyat. 3 perasaan atau fikiran yg timbul setelah membuat (membaca dll) sesuatu: Ucapannya tadi menimbulkan ~ yg kurang baik. berkesan 1 meninggalkan kesan atau bekas: Tumbukan dan tendangan budak-budak nakal itu ~ di tubuhnya. 2 menimbulkan atau mendatangkan akibat, perubahan dll: Apakah tindakan yg paling ~ utk mencegah penyeludupan? keberkesanan keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. mengesan 1 mencari sesuatu dgn mengikut kesan; mengekori: Pihak polis sedang ~ perompak-perompak yg lepas lari itu. 2 menandakan perjalanan atau kedudukan sesuatu (pd kertas dll): Radar dpt ~ perjalanan kapal-kapal di selat itu. mengesankan meninggalkan kesan: Kejadian itu ~ kehampaan di hatinya. Kata-kata yg pedas itu sangat ~. pengesan 1 alat (radar dll) atau sesuatu yg digunakan utk mengesan sesuatu. 2 orang yg pandai mengesan (mengikut jejak) sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peninggalan1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggalan1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggal1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat.Kamus Pelajar
ke­ting­galan1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 ter­cicir atau terkebelakang (dlm pelajar­an, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mubahboleh dikerjakan dan boleh ditinggalkan (spt makan, berjalan); harus; jais.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas