ujaran | yg diujarkan: Dia tidak dpt mendengar ~ orang itu dgn jelas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ujar | apa-apa yg diucapkan atau yg dituturkan; perkataan. berujar berkata; berucap. mengujarkan menuturkan; mengucapkan. ujaran yg diujarkan: Dia tidak dpt mendengar ~ orang itu dgn jelas. pengujaran perbuatan atau hal mengujarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
akronim | kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk akronim; pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |