Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomi nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
khusus(jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umum: kursus-kursus dan latihan itu ~ utk kaum wanita; persidangan pegawai-pegawai itu diadakan utk membincangkan masalah ekonomi, ~nya ekonomi luar bandar; badan-badan ~ badan utk tujuan (tugas, tanggungjawab, dll) yg tertentu; mengkhusus menjadi khusus, menjadi (merupakan) sesuatu yg bersifat khusus: teknologinya berkembang dgn sangat pesat dan ~; ~ kpd menuju kpd, menjadi tertumpu kpd, menumpu kpd; mengkhususi menumpukan usaha kpd bidang atau aktiviti tertentu: penyelidik-penyelidik yg ~ bidang geofizik; mengkhususkan menjadikan khusus (utk orang atau sesuatu yg tertentu), mengis­timewakan, mengekhaskan: ia ~ diri dlmbidang kebudayaan; tempat yg dikhususkan bagi para jemputan khas; terkhusus terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); kekhususan 1. perihal (sifat dsb) khusus: ~ sesuatu ilmu pengetahuan; 2. sesuatu yg (bersifat) khusus; pengkhususan perihal menjurus dlm se­suatu bidang; berpengkhususan mempunyai pengkhu­susan: syarikat tersebut berkecimpung dan ~ dlm bidang reka bentuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
maksimumjumlah yg sebanyak-banyaknya, paras dsb yg setinggi-tingginya: dgn ~nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyak-lah barang-barang yg boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat; memaksimumkan menjadikan sebanyak­banyaknya (setinggi-tingginya): ~ penge-luaran kelapa sawit; ~ kadar pertumbuhan ekonomi; pemaksimuman perihal (usaha, proses, dsb) memaksimumkan sesuatu: matlamat penge-luaran eksport akan digerakkan dgn meng-ambil ingatan tentang ~ pendapatan petani dan bukan semestinya ~ pendapatan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
dasar1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sosial1. segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan: ke­dudukan ekonomi dan ~nya pd masa ini belum begitu kuat; 2. berkaitan dgn persa­habatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang: kelab ~; aktiviti ~; 3. suka bergaul dan ber­mesra: gadis yg ~; 4. bkn hal-hal kemasya­rakatan: pemimpin yg ~; perjumpaan ~ ke­ramaian; ~ demokrasi faham atau ajaran yg bertujuan membangunkan masyarakat secara damai utk mencapai masyarakat sosialis; ~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demo­krasi; bersosial bercampur gaul (biasanya di­maksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menye­suaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman; kesosialan perihal sosial: kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dlm per­gaulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tara I1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemu­da lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Di­raja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usaha­nya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, sela­ras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (seban­ding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) me­nyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertan­dingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya).Kamus Dewan Edisi Keempat
dasar1. bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2. asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3. lantai:~ rumah itu dibuat drpd simen. 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5. bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1. mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2. bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar kpd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan kpd kekuatan tenteranya.Kamus Pelajar
tertakluk1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya se­luruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah;Kamus Dewan Edisi Keempat
natijahAr keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu; menatijahkan mendatangkan natijah, meng­­akibatkan: pembangunan yg tertumpu pd aspek materialistik semata-mata hanya akan ~ kehancuran sesuatu peradaban; ke­ada­-an ini akan ~ perkembangan yg tidak se­imbang.Kamus Dewan Edisi Keempat
motif1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau ber­tindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa guna-nya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar meng-gunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan; bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam.Kamus Dewan Edisi Keempat
rasa1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678

Kembali ke atas