tanda tamat(end mark) | Isyarat, kod, atau aksara yang bertugas untuk menyatakan akhirnya sesuatu unit maklumat atau fail. | Kamus Komputer |
pengguna akhir(end user) | Orang yang mendapat faedah secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau perkhidmatan komputer. | Kamus Komputer |
hujung mendahulu(leading end) | 1. Bahagian sebelah hadapan pita magnet, dawai, riben, talian, atau deretan maklumat yang mendahului bahagian lain. Oleh sebab bahagian ini paling dahulu ia akan diproses dahulu. 2. Bahagian hadapan peralihan aras logik bagi suatu isyarat denyut. | Kamus Komputer |
pemproses bahagian depan(front-end processor) | Komputer yang digunakan bagi tujuan memasukkan, menyemak, atau memampatkan data sebelum dihantar untuk diproses selanjutnya oleh komputer kerangka utama yang bertindak sebagai pemproses pusat. | Kamus Komputer |
ETX | Singkatan bagi end of text, iaitu akhir teks. ETX digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhirnya sesuatu teks. | Kamus Komputer |
EOT | Singkatan bagi end of transmission, iaitu akhir penghantaran. EOT digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir penghantaran data. | Kamus Komputer |
EOM | Singkatan bagi end of message, iaitu akhir mesej. EOM digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir mesej yang dikirim. | Kamus Komputer |
EOL | Singkatan bagi end of line, iaitu akhir baris. EOL digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir baris | Kamus Komputer |
EOJ | Singkatan bagi end of job, iaitu akhir kerja. EOJ digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir kerja yang telah diserahkan dalam pemprosesan berkelompok. | Kamus Komputer |
EOF | Singkatan bagi end of file, iaitu akhir fail. EOF digunakan sebagai kod untuk memberitahu komputer tempat akhir fail. | Kamus Komputer |