erti kata | makna (konsep) kata, maksud, takrif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semantik /sémantik/ | ilmu mengenai erti atau perubahan erti kata-kata. | Kamus Pelajar |
kamus | buku yg dimuati kata-kata yg disusun mengikut urutan abjad dan diberi keterangan ttg erti kata-kata tsb. perkamusan hal-hal (ilmu, kaedah penyusunan dsb) mengenai kamus. pekamus orang yg menyusun kamus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kamus | buku yg dimuati kata-kata yg disusun mengikut urutan abjad dan diberi keterangan ttg erti kata-kata tsb. perkamusan hal-hal (spt ilmu, kaedah penyusunan dsb) mengenai kamus. | Kamus Pelajar |
saja | 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. | Kamus Pelajar |
mengiktikadkan | meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keihsanan | sifat murah hati, kebaikan hati, kemurahan hati: mereka tidak spt mana sahaja manusia yg lain dlm erti kata keluhuran akalnya, ~ dan pengenalan rohaniahnya melampaui batas-batas darah dan dagingnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semantik | /sémantik/ ilmu mengenai makna atau erti kata, dan penambahan atau perubahan makna kata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
erti kiasan | erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
erti | 1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang; ~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal; seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain; bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah; mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya; mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;ertian tafsiran; pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |