Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pagi (kata nama)
Bersinonim dengan subuh, fajar, dinihari, siang, sambat, parak siang;,
Kata Terbitan : sepagian, sepagi-pagian, pagi-pagi,

Puisi
 

Limau manis masak di kuala,
     Pisau wali tajam dikikir;
Hitam manis bangun segera,
     Esok pagi abang nak hilir.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
besok pagiesok pagi-pagi hari;Kamus Dewan Edisi Keempat
besok(bésok) bp 1. esok hari, hari selepas hari ini: lebih baik ~, pukul 10.00 saya jemput dia; ~ pagi esok pagi-pagi hari; ~ petang esok petang-petang hari; 2. = ~ lusa pd masa yg akan datang, kelak: apabila sudah ada wang ~, bolehlah dibayar sewanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
rekes(rékés) IB 1. (surat) permohonan (la­mar­an, permintaan, rayuan): buat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; 2. (surat) per­mohonan (lamaran dll) pekerjaan; 3. = me­rekes memasukkan surat permohonan (pe­kerjaan dll), memohon pekerjaan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pe­nandatangananperbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pergi1. berjalan dll menuju ke sesuatu tempat (mendapatkan seseorang dll): ia mengajak saya ~ ke Kelantan; kalau tidak percaya ~lah berjumpa ayah kau dan tanyalah dia; 2. me­ninggalkan sesuatu tempat, berundur (dr): orang muda tadi telah ~ dr situ; 3. berangkat, bertolak: pagi esok saya ~ dgn kereta api pertama; ~ balik (datang, mari) = pulang ~ pergi dan balik (berulang-alik); ~ dahulu a) pergi lebih dahulu; b) ki mati; ~ haji naik haji; ~ jahanam = ~ setan = ~ telukup (telungkup) persetan (binasalah, jahanamlah); berpergian pergi (berjalan dll) ke tempat yg jauh: sejak keretanya rosak, ia sukar ~; kepergian perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya; pemergian 1. perjalanan (yg jauh): Daim menceritakan kisah ~nya ke luar negeri; 2. kepergian.Kamus Dewan Edisi Keempat
petang Iwaktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa.Kamus Dewan Edisi Keempat
senyampang1. kebetulan, untunglah, mujurlah: ~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali; 2. kalau-kalau, jika sekiranya: ~ balik esok, jemputlah singgah; 3. selagi, sementara: ~ ada peluang tuan ziarahi kubur; 4. mentang-mentang, masakan: ~ dia ber-pangkat, bukan main sombong lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tandatangannama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuat kuasa1. perihal mulai berlakunya (per­aturan, undang-undang, dll), taraf (kedudukan) sbg sesuatu yg sah: larangan ini berjalan ~-nya mulai esok; undang-undang itu mestilah diluluskan oleh Parlimen sebelum berjalan ~ nya; 2. kuasa atau hak atas sesuatu atau utk melakukan (memerintah, mengurus, dll) sesuatu; 3. kekuatan, kemampuan, daya (utk melakukan sesuatu): bahawasanya tiadalah bagiku ~ dan daya upaya melainkan drpd Allah; berkuat kuasa mempunyai kuat kuasa, mulai menjadi sah atau berlaku: mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg ~ spt undang-undang juga; menguatkuasakan menjadikan (undang­undang dll) berkuat kuasa, melaksanakan (undang-undang, peraturan, dll): negeri itu ~ undang-undang melarang menuba ikan; perintah berkurung dikuatkuasakan dr pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi; penguatkuasaan perihal (perbuatan, tinda­kan, dsb) menguatkuasakan: bagaimanapun, kita boleh menyekat amalan-amalan negatif ini sama ada melalui ~ undang-undang atau program-program moral yg kini giat diamalkan; penguat kuasa orang (pihak, badan, dsb) yg menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas