Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gan.ti] | ݢنتي

Definisi : 1. silih, penukar, pampasan: ambillah buku cerita ini sbg ~ tengok wayang; 2. = pengganti wakil: kalau engkau tak mahu pergi akulah ~ kau; 3. bp beralih, bertukar, berubah (tempat dll); ~ nama (Lin) kata utk menyebut diri (saya, engkau, dll); ~ tikar kahwin dgn adik atau kakak isteri yg telah mati; ~ hidup berkeredaan, ~ mati berkebulatan prb utk mendapatkan ganti seseorang ketua perlulah dgn muafakat;berganti bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; berganti-ganti, bergantian bertukar-tukar, bergilir-gilir, silih berganti: seseorang yg berada di sebelah kanan anda datang ke depan anda secara ~;mengganti 1. menukar (dgn yg lain, yg baru, dll), menjadikan berganti: pegawai ini perlu diganti dgn seorang yg lebih cekap; 2. memberikan sesuatu kpd seseorang dll sbg cara memulangkan barang dsb yg sudah dihilangkan (dirosakkan dsb), memberi (membayar) ganti rugi: saya tidak dapat ~ pen awak yg sudah hilang itu; 3. mengambil tempat seseorang utk menjalankan sesuatu tugas dll: mengapa cikgu kita tidak mahu ~ guru besar dlm mesyuarat itu? menggantikan menjadi ganti: anak negeri yg pandai sudah boleh ~ pegawai-pegawai dagang; gantian sesuatu yg dapat menggantikan (mengambil tempat) sesuatu yg lain; pergantian pertukaran, peralihan, perubah­an (kpd sesuatu yg lain); penggantian perihal atau perbuatan mengganti(kan): mereka merundingkan perkara ~ Ketua Kampung; pengganti benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gan.ti] | ݢنتي

Definisi : 1 sesuatu yg digunakan sbg penukar benda yg hilang atau yg tidak ada: Gunakan magnet berbentuk U atau berbentuk ladam sbg ~ magnet batang dan kemudian lukis medan magnetnya. 2 = pengganti orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (kata) ~ nama kata yg digunakan utk membahasakan diri seseorang (spt aku, engkau dan ia). ~ rugi wang, barang dll yg diberikan utk menyilih kerugian orang lain. berganti 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. berganti-ganti bertukar berturut-turut satu per satu; selalu berganti; bergilir-gilir: Anak dan isteri mereka ~ pergi ke ladang menolong menghalau burung. mengganti 1 menukar dgn yg lain; membuat berganti: Ahmad telah ~ atap rumah yg bocor itu dgn yg baru. 2 memberikan wang, barang dll sbg ganti rugi; memberikan ganti rugi: Saya sanggup ~ segala perbelanjaan utk membaiki kereta ini. 3 mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Apabila dia bersara nanti, siapakah yg akan ~nya? menggantikan membenarkan orang lain melakukan sesuatu sbg ganti orang yg mula-mula; menjadikan sbg ganti: Akhirnya Tun Perak dilantik oleh Raja ~ ayahnya menjadi Bendahara. pergantian keadaan atau hal berganti (bertukar); pertukaran; perubahan: Di kawasan khatulistiwa, ~ malam dan siang ialah satu kejadian yg berlaku pd setiap hari. penggantian perbuatan mengganti atau menggantikan: Dlm abad ke-19, ~ utk menaiki takhta sentiasa berjalan dgn tidak aman. pengganti 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganti

Puisi
 

Boleh ganti bunga kelapa,
     Bunga kelapa di Padang Jongok;
Boleh cari ibu dan bapa,
     Siapa pula nak mengaku anak?


Lihat selanjutnya...(45)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(9)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
silih, = ~ ganti (berganti, sambut)menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang.Kamus Pelajar
menyilihmemberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyilihmemberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang.Kamus Pelajar
berselang-selang1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap;Kamus Dewan Edisi Keempat
silih, = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gilirganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti); bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun; menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya; giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; kegiliran memperoleh giliran; penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tukarbp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima ganti­nya, saling memberi: kedua-dua lelaki ber­jabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah ber­lainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. ber­ganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika di­panaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memin­dahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara).Kamus Dewan Edisi Keempat
silih I= ~ ganti = ~ sambut saling berganti; ~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg kemudian­nya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih berturut-turut, ganti-berganti; bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti­-ganti; menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~ rugi mengganti­kan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi; 3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll); silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi perang, pampasan perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergilirberganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti­-ganti;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertukar gantimemberi ganti (benda yg telah hilang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas