gelegak | ; menggelegak 1 meluap-luap dgn kencangnya (ttg benda-benda cair) kerana terlalu panas; mendidih: Apabila air yg dijerang tadi itu ~, angkatlah. 2 ki menjadi marah: Dia itu lekas ~, jangan diusik. menggelegakkan memanaskan sesuatu benda cair hingga menggelegak; mendidihkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelegak | ; menggelegak 1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air sedang ~ di dapur; 2. ki naik darah (marah): apabila ia terusik dlm bulan puasa, darahnya lekas ~; 3. ki bergelora: hatinya begitu ~ dgn kemarahan;menggelegakkan mendidihkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelegak | menggelegak 1. meluap-luap dgn kencangnya (ttg benda-benda cair) kerana terlalu panas; mendidih: Apabila air yg dijerang tadi itu ~, angkatlah. 2. ki menjadi marah: Dia itu lekas ~, jangan diusik. menggelegakkan memanaskan sesuatu benda cair hingga menggelegak; mendidihkan. | Kamus Pelajar |
bual | 1. bunyi spt bunyi air yg memancar dr mata air (air mendidih dll), buak, gelegak; 2. pancaran (luapan) air (drpd mata air atau air mendidih): ~ air mendidih; 3. omong kosong, borak: jemu aku mendengar ~ mereka;berbual, berbual-bual 1. = membual memancar keluar (air drpd mata air dll), menggelegak, meruap: di tempat itu kadang-kadang tampak minyak yg membual dr dlm tanah; 2. bercakap-cakap (mengenai pelbagai perkara), berborak, beromong-omong: kalau sudah asyik ~, lupa ia akan waktu; ~ kosong bercakap-cakap (berbual-bual) tentang pelbagai perkara yg tidak penting, beromong-omong kosong;membualkan, memperbualkan berbual mengenai sesuatu perkara, memborakkan: ia sedang sibuk ~ kepandaiannya;bualan bual;perbualan 1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;pembual (orang yg) suka berbual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celur | ; sumpah ~ sumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air atau minyak yg menggelegak; bercelur; ~ minyak sl bersumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm minyak menggelegak; ~ tangan bersumpah dgn mencelupkan tangan ke dlm air (minyak) menggelegak; mencelur memasukkan (mencelupkan) sesuatu (spt sayur dsb) utk beberapa ketika ke dlm air panas (supaya lembut dsb): ~ sayur; celuran 1. hasil mencelur; 2. yg digunakan utk mencelur: bubuh sedikit garam ke dlm air ~; penceluran perihal (perbuatan atau proses) mencelur: ~ sayur-sayuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |