Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula-gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
likuorisbahan berwarna hitam yg diperoleh drpd akar sj tumbuhan kekacang, digunakan dlm ubat dan utk membuat gula-gula: gula-gula ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
gula-gula getahgula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gula-gula getahsj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengesipmenghisap-hisap (buah, gula-gula, dll): dikesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
gula-gula1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyunyutmengulum dan menghisap (puting, gula-gula, dll): anak itu sedang ~ gula-gula.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengulum1 menahan sesuatu (spt gula-gula) di dlm mulut dgn tidak menelannya; mengemam; menggumam: ~ gula-gula. 2 mengeluarkan kata-kata dgn tidak membuka mulut: ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nyunyut II; menyunyut mengulum dan menghisap (puting, gula-gula, dll): anak itu sedang ~ gula-gula.Kamus Dewan Edisi Keempat
kulum; mengulum 1 menahan sesuatu (spt gula-gula) di dlm mulut dgn tidak menelannya; mengemam; menggumam: ~ gula-gula. 2 mengeluarkan kata-kata dgn tidak membuka mulut: ~ senyum tersenyum dgn tidak membuka mulut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesip Itidak berbiji atau terlalu kecil bijinya (bkn buah-buahan); mengesip menghisap-hisap (buah, gula-gula, dll): dikesipnya gula-gula itu kerana hendak menghilangkan rasa pedas di lidahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas