Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habislah

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mencangkukmengenakan cangkuk, mengait: habislah segala tubuhnya dicangkuk oleh sekalian onak dan duri;Kamus Dewan Edisi Keempat
lebu IIITr terlalu masak, ranum: makan habislah pisang tu. Kalau disimpan tidak sedap dimakan lagi kerana sudah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
demikianbegitu; begini; spt itu (ini): Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain?Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercarik-carikcarik di sana sini, cabik­-cabik: habislah pecah ~ seluar dan baju kertasnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
demikianbegitu; begini; spt itu (ini):Dgn yg ~, habislah timbunan kayu itu dimakan api. ~lah halnya. sedemikian spt itu; sbg itu: Kalau sudah ~ susahnya, mengapa tidak mencari kerja lain?Kamus Pelajar
melancurmemancur atau me­mancut, mencucur: bomba itu pun sangatlah bocor, sepanjang jalan habislah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lancur I; melancur memancur atau me­mancut, mencucur: bomba itu pun sangatlah bocor, sepanjang jalan habislah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
roboh1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
upayausaha utk mencapai sesuatu tujuan, daya usaha, akal, ikhtiar: kalaulah segala apa yg diberikannya selama ini masih belum dapat menjamin kecintaannya, maka habislah ~; seupaya-upaya, seupaya-upayanya setakat mana yg terdaya, seboleh-bolehnya, sedapat-dapatnya; berupaya 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; mengupayakan 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; terupaya sanggup, mampu; tidak ~ tidak sanggup (mampu); keupayaan kesanggupan (kebolehan) utk mencapai atau melakukan sesuatu, kemampu-an: kanak-kanak mempunyai perangai, ke­cenderungan, dan ~ yg berbeza; bahasa itu sendiri perlulah mempunyai ~ utk menjadi sebuah bahasa moden; berkeupayaan mempunyai keupayaan: satu variasi yg lengkap dan sempurna, ~ memperkatakan semua gejala dlm masyarakat kita; ketidakupayaan perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; pengupayaan perihal (perbuatan, tindakan, usaha dsb) menjadikan berupaya (berke-mampuan, berkebolehan dsb) utk mencapai sesuatu: sistem yg lebih menekankan proses ~ ini telah menjadi teras kpd pembinaan keusahawanan; isu yg lebih penting ialah ~ golongan miskin ini utk mempunyai pen-dapatan yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
khazanahAr 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air; 2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas