Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hadirada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengaminkan1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tafakurhal atau perbuatan menumpu­kan perhatian dan fikiran kpd sesuatu. ber­tafakur menumpukan segenap per­­­hatian dan fikiran kpd sesuatu; meng­heningkan cipta: Semua yg hadir ~ selama dua minit kerana memperingati pahlawan-pahlawan kita yg telah gugur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sidang I1. seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll), sekalian anggota: ~ me­syuarat; ~ majlis semua orang yg hadir dlm majlis; 2. sekalian, para, segala (utk me­nyatakan banyak): ~ pendengar; 3. = persidangan perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; 4. ark dewan, majlis; ~ perang majlis perang; ~ (persidangan) akhbar penerangan atau penjelasan yg diberi oleh seseorang (menteri, pegawai kerajaan, dll) kpd pemberita akhbar; ~ jemaah a) = ~ Jumaat orang yg ber­sembahyang Jumaat; b) Id segolongan drpd masyarakat Kristian; ~ kemuncak persidangan atau mesyuarat yg diadakan pd peringkat ter­tinggi (oleh ketua-ketua negara dll); ~ pem­baca segala orang yg membaca, para pembaca; ~ pengarang setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; ~ pengurus a) badan atau majlis yg mengurus sesuatu perniagaan (penerbitan dll); b) setiap anggota pengurus; ~ pleno sidang lengkap (drpd seluruh ahli); ~ ramai orang ramai, masyarakat seluruhnya; ~ tergempar mesyua­rat yg diadakan secara tergempar (utk me­nyelesaikan sesuatu); ~ tertutup sidang utk para ahli sahaja; ~ video perbincangan dsb yg menggunakan alat komunikasi yg memboleh­kan dua individu atau lebih dr tempat yg ber­lainan berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain; bersidang mengadakan sidang atau per­sidangan, bertemu utk berunding, berme­syuarat: pahlawan-pahlawan Melayu sedang ~ utk menyusun langkah menyerang musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghadirkan1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghadapkan1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpahkan1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahir­kan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencatatkan1. menuliskan atau merakam­kan sesuatu (dlm buku, fail, dll) utk peringatan (tatapan pd masa hadapan dll): Raja Haji Yahaya telah ~ cerita rakyat Melayu; tuan rumah itu ~ nama-nama orang yg berderma; 2. mendaftarkan (diri, nama); 3. menuliskan (merakamkan) utk: tolong catatkan saya nama ahli-ahli yg hadir;Kamus Dewan Edisi Keempat
mewakilkan1. memberi kuasa kpd sese-orang utk menjadi wakil, menunjuk (melantik) seseorang lain utk mewakili: semua ahli mesti hadir sendiri, tidak boleh ~ orang lain; 2. menyerahkan kpd orang yg dipercayai utk diurus dsb, mempercayakan (mengamanah­kan) kpd: perahu besar itu tinggal di pangkalan Saleh, diwakilkannya kpd orang di situ;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas