Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
makam II1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab; memakamkan menanam mayat, menge­bumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan; pemakaman perihal memakamkan, pengu­buran: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadatKamus Dewan Edisi Keempat
dapur1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
warga1. ahli (suatu keluarga, syarikat, dll), anggota; ~ dalam kerabat raja yg tinggal dlm istana; ~ dunia orang yg bukan rakyat sesuatu negara; ~ emas bh orang yg sudah tua; ~ jagat ark warga dunia; ~ kota penduduk kota; ~ tua warga emas: Hari W~ Tua Sedunia disambut pd 1 Oktober; 2. ark tingkatan masyarakat dlm agama Hindu, kasta; kewargaan keanggotaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
cukup1. tidak kurang (bilangan, banyak, besar, dll), sampai jumlahnya (besarnya dll), pada: pinggan mangkuk kita tidak ~, orang yg datang terlalu banyak; 2. sampai betul, genap (masa, usia, dll): hari Rabu ini ~lah empat puluh empat hari ia meninggal; ~ bulan a) genap sembilan bulan (mengandung); b) akhir bulan (hari gaji); ~ umur sudah akil baligh, sudah dewasa; 3. lengkap, sempurna (tidak ada kurangnya): putera kita ini sudahlah besar, dan ~ berakal; rumah itu ~ dgn perabotnya sekali; 4. sudah pd dgn itu (begitu) sahaja: kesukaan anaknya kpd Mariah telah ~ buat menundukkan hati nyonya itu; 5. sangat, lebih drpd yg memadai atau yg dijangka: badanku terasa ~ penat; mukanya ~ masam; 6. tidak kurang atau tidak lebih, lumayan, sedang: hasil yg diperolehnya boleh dikatakan ~lah buat mereka berdua; ~ keperluan sendiri tidak perlu apa-apa dr luar (segala keperluan dikeluarkan sendiri); 7. bp tidak kekurangan, agak kaya, berada: ayahnya orang yg ~; secukup; ~ hidup cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; mencukupi 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; mencukupkan menjadikan (memandang) cukup, melengkapkan, memadakan, menam­bah supaya cukup: utk ~ pendapatannya, ia perlu bekerja dgn lebih keras lagi; kerana hendak ~ belanja itu, terpaksalah ia mencari wang lagi; kecukupan ada apa yg diperlukan, tidak ke­kurangan: orang datang begitu banyak sehingga meja dlm restoran itu tidak ~; orang boros tentu saja tidak ~ belanja; berkecukupan tidak kekurangan, cukup segala yg diperlukan; ketidakcukupan perihal tidak cukup: alasan ~ peruntukan wang juga boleh diatasi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkat II1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari, dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, dia mendapat ~ pertama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pulang1. pergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali: ~ ke negerinya sendiri; suaminya masih belum ~ drpd kerja; ~ kpd isterinya yg pertama rujuk semula dgn isterinya yg pertama; ~ kpd yg punya terserah (balik) kpd tuan punya; 2. ~ kpd jatuh kpd, terserah kpd, tertanggung atas: hal ini ~ kpd bapa hal ini terserah kpd bapa; kalau terjadi sesuatu ~ kpd tuan kalau terjadi sesuatu tuanlah yg menanggungnya; ~ asal a) kembali ke asalnya; b) kembali kpd keadaan yg asal; ~-balik = ~-pergi a) pulang dan pergi; b) hilir-mudik, ke sana ke mari (mundar-mandir); ~ haji kembali dr naik haji; ~ hari kembali lagi pd hari yg semula (sesudah enam hari, spt hari Minggu sampai hari Minggu berikutnya); ~ ikhtiar (kpd) terserahlah ikhtiarnya (kpd); ~ (ke) kandung kembali ke tempat asalnya; ~ ke rahmatullah meninggal dunia, mati; ~ maklum kpd terserah kpd pendapat (pertimbangan) orang; ~ modal mendapat modal kembali (tidak mendapat untung, tetapi tidak pula rugi); ~ nama yg pulang hanya namanya (mati di perantauan atau di medan perang dll); ~-paling ark bolak-balik, hilir-mudik, ke sana ke mari; ~ pohon = ~ pokok Id pulang modal; ~ pulih sembuh semula, kembali lagi; sepulang waktu (masa) pulang, sekembali; berpulang = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; ~-paling berulang-alik; memulangi 1. rujuk dgn isteri yg telah diceraikan: kehidupannya menjadi bertambah baik sejak ia ~ isterinya; 2. Mn memperisteri saudara sepupu: apabila engkau ~ anak mamakmu, maka ...; memulangkan 1. membawa pulang, mengi­rimkan (ke tempat asalnya, ke rumahnya, dll), mengembalikan: ~ motokar itu kpd tuannya; semua tawanan perang dipulangkan ke negeri masing-masing; ~ kata membalas (menjawab); 2. menyusun (me­ngatur) semula, memulihkan: susunan pegawai dan kakitangan pejabat ini dipulangkan spt susunan yg dahulu; Raja Sulaiman hendak dipulangkan jadi bendahara semula; ~ nafas beristirahat; 3. merujukkan (kpd), menyerah­kan (kpd): semua pihak bersetuju soal perbalahan itu dipulangkan kpd pucuk pimpinan bagi menyelesaikannya; terpulang terserah: semuanya ~ kpd kemahuan mak, saya menurut saja; pulangan hasil drpd atau pendapatan pena­naman modal (pekerjaan, pemberian, per­khidmatan, dll); kepulangan perihal pulang: ~ku disambut oleh ibu dan keluarga dgn mesra; pemulangan perbuatan memulangkan, pe­mulihan, pengembalian.Kamus Dewan Edisi Keempat
harus1 boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan (kedua-duanya tidak berdosa); jaiz. 2 boleh jadi; mungkin: Dia ~ tidak datang, kerana hari hujan. 3 berkemungkinan besar; patut: Kita ~ menjaga nama baik keluarga kita. mengharuskan 1 menjadikan boleh dilakukan atau ditinggalkan; membolehkan; membenarkan: Allah mengharamkan riba dan ~ jual beli. 2 menjadikan patut atau elok: Kita diharuskan berpakaian kemas dan bersih. keharusan 1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita. seharus­nya sepatutnya; selayaknya: Dia tidak ~ bertindak terburu-buru begitu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dahaga1 berasa hendak minum; haus: ~ betul saya hari ini kerana saya pergi berkawad di padang. 2 keinginan (perasaan) hendak minum; haus: Dia dpt mengatasi lapar dan ~ dlm perjalanan itu. 3 ki berasa ingin (akan sesuatu): Dia ~ akan kasih sayang ibunya. mendahagai berasa ingin akan sesuatu: Anak-anak yatim itu ~ kasih sayang keluarga. mendahagakan menyebabkan (membuat) berasa dahaga; menghauskan: Bermain bola di tengah panas dpt ~ kita. kedahagaan 1 menderita dahaga; berasa dahaga; kehausan. 2 perasaan atau keadaan dahaga; kehausan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berinaimemerahkan kuku dan jari dgn menggunakan inai, memakai inai: setelah selesai istiadat ~ itu, hidangan pun diangkat orang; ~ besar menempek inai pd malam menjelang hari perkahwinan (disaksikan oleh orang jemputan); ~ curi menempek inai yg hanya disaksikan oleh keluarga saja;Kamus Dewan Edisi Keempat
pangkat II1 tinggi rendah kedudukan atau martabat seseorang dlm masyarakat: Dlm pergaulan hidup sehari-hari dia tidak memilih ~ atau kedudukan. 2 tingkatan darjah dlm pekerjaan: Basrun telah dinaikkan ke ~ Mejar. 3 susunan dlm perhubungan keluarga: Walaupun dia masih muda, namun ~nya sbg datuk bagi saya. 4 taraf kelulusan; peringkat (utk sijil): Dlm peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dia mendapat ~ pertama. berpangkat 1mempunyai darjat atau martabat: Mereka orang ~, masakan hendak bergaul dgn kita. 2 berkedudukan (dlm jawatan). sepangkat 1 sama pangkat (taraf, darjat dsb). 2 sama umur; sebaya: Dia ~ dgn anak saya yg kedua.Kamus Pelajar
1234

Kembali ke atas