menyegarkan | menjadikan segar atau menyebabkan menjadi segar; menyihatkan; menyuburkan: Bersenam dan bermain-main dpt ~ badan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mentahkikkan | 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aurat | Ar 1. bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum Islam); 2. kemaluan; 3. telanjang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telatah | gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai: meluat benar perasaan Masri melihat ~ Nisah yg mengada-ngada pd malam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersubahat | 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuma | sj binatang halus spt kutu (terdapat pd binatang dan juga manusia); perkuda ~ prb sesuatu yg mustahil akan diperoleh; sembunyi ~ kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg kurang baik dan menyangka tiada siapa yg mengetahui walhal diketahui semua orang; takutkan ~ dibuangkan kain prb sebab takut akan rugi yg sedikit lalu mendapat rugi yg lebih besar lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahkik | Ar 1. pengesahan sesuatu kebenaran dgn bukti; 2. benar, sahih, sungguh: syahadan ~lah Raja Jaafar pergi ke Selangor; ahli ~ ahli sufi; mentahkikkan 1. membuktikan kebenarannya, membenarkan, mengesahkan: kejahatan orang lain yg belum boleh ditahkikkannya itulah dibilang-bilang dan dibesar-besarkannya; 2. menyunting sesuatu karya; pentahkikan proses mentahkikkan sesuatu maklumat: apabila komputer digunakan, pengesahan dan ~ data, dapat dibuat secara automatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subahat | 1 perasaan kurang percaya; ragu-ragu; syak. 2 orang yg bekerjasama dlm sesuatu perbuatan jahat (spt bekerjasama dgn musuh). bersubahat 1 berasa syak; berasa ragu-ragu. 2 bekerjasama dlm sesuatu pakatan jahat dll: Orang-orang yg ~ dgn musuh akan dihukum bunuh. persubahatan perbuatan bersubahat: ~nya dgn kumpulan itu telah lama diketahui polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segar | 1 berasa sedap dan sihat badan; tidak berpenyakit: Selepas berehat seminggu di Kuantan, aku ~ kembali. 2 hidup dgn suburnya; tidak layu: Pokok bunganya ~-~ belaka. Kalau pergi ke pasar pagi-pagi, dapatlah kita membeli sayur yg masih ~. 3 ki tidak pudar; masih baru: Senyumannya sentiasa ~. Kenangan itu masih ~ dlm ingatanku. ~-bugar (pugar) a. sihat benar. b. masih baru benar. menyegarkan menjadikan segar atau menyebabkan menjadi segar; menyihatkan; menyuburkan: Bersenam dan bermain-main dpt ~ badan. kesegaran keadaan segar (sihat, cergas dsb). penyegaran perihal atau perbuatan menyegarkan: Pembersihan dan ~ kulit adalah penting dlm menjaga kecantikan. penyegar sesuatu yg menyegarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |