Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hitler


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengebomanperihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris;Kamus Dewan Edisi Keempat
Nazianggota Parti Sosialis Nasional Jerman yg diasaskan oleh Hitler.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Nazianggota Parti Sosialis Nasional Jerman yg diasaskan oleh Hitler.Kamus Pelajar
Naziahli Parti Pekerja Sosialis Kebangsaan Jerman yg diasaskan pd tahun 1919 dan men­dapat kuasa politik negeri pd tahun 1933 di bawah pimpinan Adolf Hitler.Kamus Dewan Edisi Keempat
hentaman1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyingkirkan1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina);Kamus Dewan Edisi Keempat
hentam kromobp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar); menghentam 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, mem­bidas, mengecam: karya itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~ kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab; hentam-menghentam 1. saling menghen­tam (memukul, menumbuk dsb), pukul-memukul; 2. saling membidas (mengutuk, mengkritik, mencela dsb): semasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata dan ~ antara parti merupakan perkara yg lumrah; menghentamkan memukul­kan, menum­buk­kan; terhentam terpukul, terhantuk: dia jatuh tersungkur dan kepalanya ~ pd bendul; hentaman 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
singkir; menyingkir 1. mengelak, meng­hindar, menepi, menyisi: setiap orang ~ dari­ku; orang berbadan gemuk yg berdiri di tengah jalan itu, nampaknya tidak mahu ~ ke tepi; 2. menyelamatkan diri (ke tempat yg lebih aman), mengungsi; 3. ki tidak me­makainya lagi (adat lama), membuang: akhirnya kelak, hendaklah kita ~ semua sistem upah yg berlainan dan aneh itu; 4. = menyingkirkan mengelilingi atau menge­dari sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan ketika hendak mengawan); menyingkiri 1. menjauhkan (menghindar­kan) diri dr: ~ bahaya; 2. ki tidak mema­kainya atau menggunakannya lagi (dlm ber­bagai-bagai erti), membuangi: segala ungkap­an yg dapat melukai perasaan orang lain hendaklah disingkiri; menyingkirkan 1. menjauhkan (menghindar­kan) dr: pergaulan di sekolah dan di tempat kerja lazimnya tidaklah dapat disingkirkan; ~ diri dr keindahan dan kelazatan hidup di kota; 2. membuangkan, mengesampingkan, menyisihkan: utk mengolah sebuah berita secara jujur, pemberita harus ~ pendapat dan fikiran sendiri; sekularisme ~ nilai-nilai yg diperoleh dlm usaha-usaha utk mencari objektiviti dan ilmu yg dapat dimanfaatkan; 3. menyelamatkan ke tempat yg lebih aman, mengungsikan; 4. ki menjatuhkan (orang dr jawatannya), mengeluarkan (orang sbg ahli sesuatu badan dll): parti tersebut sedang mengambil langkah ~ anggota-anggota yg terlibat dlm perarakan haram itu; 5. ki menghilangkan (jiwa orang), melenyapkan, menghabisi: setiap orang yg menentang Hitler disingkirkan; 6. mengelilingi sambil berjengkek-jengkek (spt ayam jantan meng­edari ayam betina); tersingkir 1. sudah disingkirkan (diber­hentikan, ditolak, dll), terbuang: setelah ~ dr parti politik, ia cuba bergiat dlm badan kebudayaan; 2. terluput (terhindar) dr, di­jauhkan (dipisahkan) dr: kepercayaan kuno mereka tidak ~ oleh agama Islam; 3. terasing (terpisah) dr, terbuang: dia tidak mahu melihat Murad ~ dr keluarganya; selagi tidak ~ kuasa asing dr bumi kita ini, kita tidaklah patut berpuas hati; penyingkiran 1. perbuatan menyingkiri atau menyingkirkan: dlm rampasan kuasa dan ~ Jeneral Khan ini, Amerika mungkin campur tangan; 2. pengungsian; penyingkir = kaum ~ pengungsi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bom Isenjata yg meletup, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan, biasanya digugurkan dr kapal terbang, dilemparkan dgn tangan, atau ditembakkan dgn meriam; pesawat ~ = pelempar ~ kapal terbang utk menjatuhkan bom; ~ api bom yg direka khas utk memulakan sesuatu pembakaran; ~ asap bom yg apabila diletupkan mengeluarkan kepulan asap tebal, biasanya digunakan dlm operasi polis atau tentera; ~ atom = ~ zarah = ~ zat air bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus atom tertentu; ~ hidrogen bom yg daya letupannya disebabkan oleh pelakuran nukleus hidrogen; ~ hidup bom yg belum meletup; ~ jangka = ~ waktu bom yg ditentukan saat meledaknya; ~ lakur sj bom yg melibatkan pelakuran nuklear, terutamanya pelakuran isotop hidrogen; ~ laut bom yg dilemparkan ke dlm laut (utk menghancurkan kapal selam); ~ logik (Komp) atur cara haram yg tersembunyi di dlm sistem komputer yg boleh mengganggu operasi komputer; ~ napalm bom api yg dibuat drpd petrol yg berbentuk jeli; ~ nuklear (Fiz) bom yg daya letupannya disebabkan oleh pembelahan nukleus unsur tertentu (spt uranium 235) atau penggabungan dua nukleus (spt nukleus deuterium dgn nukleus tritium); ~ pembakar bom yg mengeluarkan api (utk membakar); ~ pemedih mata bom yg diledakkan utk memedihkan mata orang (dlm tunjuk perasaan yg haram dll); ~ petrol bom yg dibuat drpd botol yg berisi minyak petrol dgn sumbunya dicucuhi api sebelum dilontarkan; ~ plastik bom yg menggunakan bahan letupan plastik; ~ tangan bom yg dilemparkan dgn tangan; ~ tarik bom yg diledakkan dgn jalan menarik; mengebom menjatuhkan bom pd sesuatu, memusnahkan dgn bom: tentera Jepun telah menawan bandar Nanking dan ~ beberapa banyak bandar lain; pengeboman perihal (tindakan) mengebom: Hitler sedang melakukan serangan-serangan dan ~ terhadap Inggeris; pengebom = kapal terbang ~ kapal terbang yg digunakan utk mengebom.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas