diktum | 1. kenyataan rasmi yg dikemukakan oleh seseorang yg ada autoriti; 2. pepatah yg menghuraikan sesuatu aspek hidup secara yg menarik: ahli teologi Muslim menggunakan ~ ini utk mematahkan kecaman pihak musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengupas | 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan menghuraikan dgn teliti (karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kupas | ; mengupas 1. membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek: ~ kelapa; ~ limau; 2. mengkaji dan menghuraikan dgn teliti (karangan, pendapat, persoalan, dll), mengulas, menganalisis: banyak masalah yg dikupas oleh penulis telah dibincangkan sebelumnya; 3. = mengupaskan ki menanggalkan (melucutkan) pakaian orang, menelanjangi; mengupaskan 1. mengupas (mengopek) utk; 2. ki menelanjangi; terkupas 1. terkopek (kulitnya), lecet: ~ sedikit kulit lututnya kerana jatuh di jalan raya; 2. sudah dikupas: beras yg sudah ~ itu lima puluh gantang; kupasan 1. sesuatu yg sudah dikupas, hasil mengupas; 2. huraian ulasan, analisis: ~ buku ini berupa ikhtisar yg agak panjang lebar disertai dgn komentar; pengupasan perihal mengupas, pengulasan, penghuraian; pengupas 1. alat utk mengupas; 2. orang yg mengupas sesuatu spt kulit buah-buahan dsb; 3. orang yg membuat ulasan (spt buku dsb), pengulas, penganalisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghuraikan | 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerikan | 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudarat | 1. sesuatu yg merugikan atau membahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ merugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu; bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia; memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~; kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerangkan | 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selok-belok | (sélok-bélok) 1. = selok jumbai ark perhubungan atau pertalian antara satu dgn lain (kekeluargaan dll), kaitan, sangkut-paut: antara saya dgn dia, tidak ada ~nya; 2. sesuatu yg ada hubungannya dgn yg lain, hal yg berkaitan dgn sesuatu: Johan mem-pelajari ~ berniaga; mereka sedang meng-huraikan sesuatu kepadanya tentang ~ pelayaran; 3. hal yg berselit-belit (berliku-liku): mereka tahu benar akan segala ~ kerja-kerja yg sedang dijalankan itu; berselok-belok 1. berkaitan (kekeluargaan dll), bersangkut paut; 2. ada hubungannya dgn, berkait-kait dgn, berbelit-belit dgn; 3. banyak kesulitannya, sukar, sulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hurai | ; menghurai menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan; menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya; terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll); huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; 2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian; penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; ® urai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peri II | sl kata; berperi berkata, berucap: bukan beta bijak ~, pandai menggubah madah dan syair; berperi-peri bersungguh-sungguh (mengatakan sesuatu dll): Yazid ~ mengajak kami minum di kedai kopi; ia ~ benar mengatakan berita itu palsu; hujah yg ~ dikemukakan oleh panglima-panglima tentera Rusia; memerikan 1. mengatakan, menceritakan, mengisahkan, menggambarkan (sesuatu hal): saya selalu membaca buku-buku cerita yg ~ kisah-kisah cinta; tidak dapat diperikan bagaimana hancurnya hatinya oleh perbuatan kekasihnya; 2. menerangkan, menghuraikan, menjelaskan; terperi, terperikan terkatakan, terceritakan, tergambarkan; tidak ~ tidak terkatakan (tergambarkan): adinda suka tidak ~; sedih hatinya bukan kepalang, tak terperikan; pemerian 1. perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan; 2. penjelasan, penerangan, penghuraian: masalah pertama yg dihadapi oleh penyusun kamus dlm ~ makna ialah pemilihan atau penentuan makna sesuatu kata; pemeri yg menerangkan (menghuraikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |