ta marbutah | huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ta | 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi; ~ marbutah huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yg boleh menjadi ha besar atau ta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhfak | Ar bunyi nun mati (sukun) atau tanwin yg didengungkan sepanjang dua harakat ketika bertemu dgn salah satu drpd huruf ta, sa, jim, dal, zal, zai, sin, syin, sad, dad, ta (tO), za, fa, kaf, qaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
abjad | 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2, jim = 3, dal = 4, dll); mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama semua peserta; pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai nama dll) mengikut urutan abjad. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
qalqalah | Ar bunyi akhir huruf (qaf, ta (tO), ba, jim, dal) dgn nyata dan melantun ketika wakaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ta | (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |