e | (é) sr kata utk menarik perhatian (memanggil, mengejek, dll): ~, tengok rumah terbakar di sana!; ~, jaga baik-baik titi itu licin!; ~, tak malu budak telanjang! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
e-mel(e-mail) | Lihat mel elektronik. | Kamus Komputer |
vokal | 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn terus terang: suara beberapa orang drpd golongan minoriti yg ~ boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri; bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
e-mel | /i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
e-mel | (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peng-e-melan | perihal atau perbuatan meng-e-melkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meng-e-melkan | menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dungun paya | sj tumbuhan (pokok) dlm famili Juglandaceae, paar, teraling, Engelhardtia spp. (terutama E. serrata dan E. spicata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
entah | 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dungun | sj tumbuhan (pokok), Heritiera littoralis; ~ paya sj tumbuhan (pokok) dlm famili Juglandaceae, paar, teraling, Engelhardtia spp. (terutama E. serrata dan E. spicata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |