umi | Ar ibuku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggulai | membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertanak | 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titipan | sesuatu yg dititipkan (diamanahkan): wang ini ialah ~ ibuku kpd aku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
herot | (hérot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong: ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya; ~-benyot = ~-berot terlalu herot; mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan: garisan yg dilukisnya diherotkan sedikit; suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya; mengherot-herotkan menyebabkan herot beberapa kali atau banyak kali; terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong: kaca itu membuat rupanya kelihatan ~; herotan 1. sesuatu yg tidak tepat, kecacatan: ilmu pengetahuan mereka begitu bebas drpd ~ yg disebabkan oleh pengaruh sosial; 2. (Komp) perubahan rupa bentuk pd gelombang isyarat penerima berbanding dgn isyarat asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminang | 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang II | ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersitegang | tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larut I | 1. dibawa arus, makin bertambah (jarak, masa, dll), larat: ayahku telah bertambah ~ sakitnya, ibuku dr tadi menangis sahaja; 2. telah jauh (waktu dll), telah berlanjutan: saya berasa sejuk, barangkali hari sudah ~ malam; berlarut-larut berpanjang-panjang (perbualan dll), melarat-larat: selepas itu perbahasan terus ~ hingga jauh malam; berlarutan berlanjutan (perbualan, sesuatu keadaan, dll), berpanjangan: pemogokan tujuh puluh lima orang pekerja tersebut ~ sehingga beberapa bulan; melarut-larutkan menjadikan sesuatu hal berlarut-larut, memanjang-manjangkan: perkara itu dijadikan sbg satu isu utk ~ perdebatan; kelarutan perihal larut (waktu dll), kelewatan: ~ malam merangkak mengikut mestinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanak | juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn perihal orang yg suka memperlihatkan kepandaian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |