Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inilah

Puisi
 

Selinsing selinduk,
     Anak kala memanjat pinang;
Inilah cincin sebentuk,
     Tanda kita mengikat tunang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nikmatAr 1. anugerah Allah, kurnia: tidak ramai makhluk yg tahu menghargai ~ Tuhan yg begini indah dan permai; 2. enak sekali, sedap sekali, lazat: sedap? ...ah, lebih drpd sedap, inilah yg dikatakan lazat, inilah dianya ~; 3. keenakan, kelazatan, kesedapan: manalah akan dicari ~ yg sebegini lagi? 4. sl makanan (yg lazat-lazat), sedap-sedapan: telah sudah, maka segala halwa ~ pula diperedarkan oleh orang tambul sekalian raja-raja dan orang besar-besar; menikmati 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; kenikmatan perihal nikmat, keenakan, ke­sedapan, kesenangan: di bandar-bandar itu boleh kita dapati segala ~ tamadun moden; penikmatan perihal menikmati, pengecapan nikmat: kita juga harus menentukan apakah bahan pembelajaran bahasa Melayu yg me­mungkinkan ~ keindahan bahasa; kursus AB 211 ialah pemahaman, ~ dan penilaian kesusasteraan I.Kamus Dewan Edisi Keempat
pertama kalimula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertama1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penjelajahanperihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik;Kamus Dewan Edisi Keempat
ini dianah inilah;Kamus Dewan Edisi Keempat
penerobosanperbuatan menerobos: prinsip inilah yg menjadi strategi Jepun utk menjayakan ~ ekonomi; tobros.Kamus Dewan Edisi Keempat
Allahumma labbaikaya Allah, inilah aku (hamba-Mu).Kamus Dewan Edisi Keempat
terkisardikisar: dlm hempedal inilah makanan itu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemindahanperbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris.Kamus Pelajar Edisi Kedua
labbaikaAr; Allahumma ~ ya Allah, inilah aku (hamba-Mu).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas