sekolah wawasan | gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaya | 1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang menggunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekolah | 1 bangunan tempat mengajar dan belajar: Tiap-tiap hari, saya pergi ke ~ dgn bas. 2 masa belajar di sekolah: Pukul berapa ~ dimulakan? 3 perbuatan atau usaha mencari ilmu pengetahuan: Dia ingin melanjutkan ~nya di Kuala Lumpur. ~ berasrama sekolah yg ada asramanya utk sebilangan muridnya. ~ berasrama penuh sekolah yg menyediakan asrama dan segala kemudahan termasuk makan minum, tempat belajar dsb utk semua murid di sekolah tsb. ~ bestari sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. ~ buta huruf (dewasa) sekolah utk orang-orang dewasa yg tidak tahu membaca atau menulis. ~ malam sekolah yg diadakan pd waktu malam saja. ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. ~ rendah sekolah utk kanak-kanak drpd darjah satu hingga darjah enam. ~ tinggi universiti. ~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil, yg terletak di dlm satu kawasan yg sama dan berkongsi kemudahan asas spt padang, dewan, kantin, dgn tujuan utk memupuk semangat integrasi nasional. bersekolah 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. menyekolahkan memasukkan ke sekolah: Ibu bapa bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. persekolahan hal bersekolah: Saya menghabiskan ~ saya di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |