Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)

239

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
suratidr kota Surate (di India); itik ~ sj itik, itik nila (manila), Anas moschata; ®serati II.Kamus Dewan Edisi Keempat
itik suratisj itik, itik nila (manila), Anas moschata; ®serati II.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuek(kuék) bunyi spt bunyi itik; berkuek berbunyi kuek: tiada seekor pun itik yg ~; berkuek-kuek berkuek berulang kali: itik-itik itu ~ di tepi kolam; menguek mengeluarkan bunyi kuek, berkuek.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkuek-kuekberkuek berulang kali: itik-itik itu ~ di tepi kolam;Kamus Dewan Edisi Keempat
serati II; itik ~ sj itik yg besar badannya, itik nila (manila), Anas moschata; ® surati.Kamus Dewan Edisi Keempat
reban Ikandang utk ayam (itik); merebankan; ~ ayam (itik) memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik).Kamus Dewan Edisi Keempat
itik seratisj itik yg besar badannya, itik nila (manila), Anas moschata; ® surati.Kamus Dewan Edisi Keempat
rebankandang tempat mengurung ayam atau itik. merebankan memasukkan (ayam, itik) ke dlm reban; mengurung (ayam, itik) di dlm reban: ~ ayam (itik).Kamus Pelajar Edisi Kedua
manila II; itik ~ sj itik, serati, Anas moschata.Kamus Dewan Edisi Keempat
merebankan ayam (itik)memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas