Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jalan belakanga. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalan belakanga) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan;Kamus Dewan Edisi Keempat
butulan; jalan ~ jalan tembusan (jalan sisi atau belakang); pintu ~ pintu di sisi rumah dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
butulJw; butulan; jalan ~ jalan tembusan (jalan sisi atau belakang); pintu ~ pintu di sisi rumah dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintas; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rusuk I1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: ber­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan butuljalan tembusan (jalan sisi atau belakang);Kamus Dewan Edisi Keempat
lantas1 tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2 tembus atau terus ke belakang (ke sebelah): Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi: Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantas1. tidak berantara; terus: Ia mencapai cangkul ~ pergi ke kebun. 2. tembus atau terus ke belakang (ke sebelah):Ia ditikam dr hadapan ~ ke belakang. Jalan ini ~ ke Damansara. melantasi masuk terus ke dlm sesuatu hingga ke sebelah; menembusi:Paku itu sudah ~ dinding. melantaskan menyampaikan maksud dll; meneruskan.Kamus Pelajar
deret(dérét) 1. = deretan; 2. bersambung antara satu unit dgn yg lain menjadikan satu bangunan yg panjang (bkn kumpulan rumah atau kedai): masalah perumahan diatasi dgn mendirikan rumah-rumah ~; mereka ber­jalan-jalan di kaki lima kedai dua ~ itu; 3. kumpulan huruf atau perkataan yg berada dlm baris (yg satu di belakang atau di samping yg lain), baris: Ali memetik gitarnya sambil menyanyikan beberapa ~ pantun; berderet 1. berbaris (yg satu di belakang atau di samping yg lain): Paduka Liku duduk ~ dgn Mahadewi; kanak-kanak sekolah berdiri ~ di sepanjang jalan raya itu; 2. = berderet-deret, berderetan berbaris (berjajar) pan­jang-panjang beruntun-runtun: mangsa ke­bakaran semalam, ~ berjalan ke tempat tumpangan mereka; 3. bp banyak (anak): dia mengaku dirinya masih bujang, tetapi anaknya ~ di rumah; mendereti berderet pd, membarisi: kami melalui bandar yg didereti rumah batu yg tinggi-tinggi, bertingkat-tingkat; menderetkan, memperderetkan men­jadi­­­kan (menyusun) berderet-deret, mem­ba­riskan: batu-bata itu dideretkan di keliling taman; sederet (berada) dlm satu barisan, sebaris: ~ rumah kedai itu musnah dijilat api; deretan 1. barisan: ~ bukit; ~ kedai; 2. deret (huruf, perkataan); 3. rentetan, siri: ~ pe­ristiwa yg sama.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas