Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kentarajelas kelihatan, tampak dgn terang (nyata); mengentarakan menjadikan (menyebab­kan) kentara, menampakkan dgn jelas (nyata); ®ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat
tandas IIIpasti dan tegas; jelas; nyata: Pendiriannya ~. menandas­­kan me­ngata­­kan dgn tegas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelap1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengelamkan1. menjadikan kelam (tidak terang, tidak jelas), mengaburkan; 2. menjadi­kan (agak) gelap, menyuramkan, menggelap­kan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengentarakanmenjadikan (menyebab­kan) kentara, menampakkan dgn jelas (nyata); ®ketara.Kamus Dewan Edisi Keempat
pampang I; memampangkan membentang­kan, memaparkan; terpampang kelihatan jelas terbentang, terpapar dll di depan mata: namanya ~ dlm surat khabar.Kamus Dewan Edisi Keempat
kanta sesentuhkanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadi­kan penglihatan lebih jelas;Kamus Dewan Edisi Keempat
kanta sentuhkanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadi­kan penglihatan lebih jelas;Kamus Dewan Edisi Keempat
tonjolbengkak (pd kulit, dahi, dll), benjol, jendul; bertonjol, bertonjol-tonjol berbenjol-benjol, berjendul(-jendul): jerawat bertonjol-tonjol di mukanya; menonjol 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas men­colok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; menonjolkan 1. menjorokkan, menyo­rong-kan (ke muka): kutonjolkan empu jariku ke atas utk mengatakan semuanya berjalan baik; keretanya itu ditonjolkan ke depan hingga terkena dinding rumahnya; 2. menge-luarkan supaya dilihat (nampak), menampak-kan (diri dll), menyembulkan, muncul: ~ kepala melalui tingkap; 3. mengemukakan (supaya diketahui dll), men­jadikan jelas kelihatan, memperlihat-lihat­kan, menyodor-kan: ia seorang yg suka menonjol-nonjolkan dirinya; kulit buku DBP juga hendaklah melambangkan identiti DBP dan sekali gus ~ siri, jenis, peringkat dan kategori buku; tertonjol teranjur, tersembul: perutnya kelihatan ~; tonjolan sesuatu yg menonjol (ditonjolkan); penonjolan perihal menonjolkan: ~nya dlm filem itu sungguh berkesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentu1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas