Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelaskan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
melangsaikanmelunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
lanjut I1. panjang (cerita, hikayat, dll): ada­pun perkataan Singapura berperang dgn Jawa itu terlalu amat ~ perkataannya; 2. lama, panjang, tinggi (umur): ia masih menjadi mahasiswa walaupun umurnya sudah ~; 3. mendalam (pengetahuan, penerangan, dll), saksama, teliti: elok juga saya jelaskan perkara ini dgn ~ sedikit; 4. ber­panjangan, tidak berhenti-henti, berterusan: mereka bergurau senda ~ hingga tengah malam; 5. panjang (keluhan): bapa mengeluh ~; 6. labuh (pakaian): dia memakai kain ~ sungguh; 7. lebih tinggi (ilmu, pelajaran, dll): sekolah yg ~; 8. Kd lambat (gerakan) per­jalanan dll: perempuan itu berjalan ~ sungguh; ~ akal panjang akal (cerdik); ~ fikiran cerdik; ~ usia panjang umur; selanjutnya 1. berikutannya, seterusnya: mereka memikirkan kemungkinan yg akan dihadapi hari esok dan hari ~; 2. selepas itu, sesudah itu: ~ Datuk Mufti telah menerangkan segala rukun haji; berlanjut-lanjut tidak berhenti-henti, ber­panjang-panjang, bersambung-sambung, terus­-menerus: suara itu kemudiannya memanjang dan ~ dan makin melemah pula; berlanjutan berpanjangan, berterusan, ber­kekalan: peperangan itu ~ hingga berpuluh­-puluh tahun lamanya; melanjut tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; melanjutkan 1. menjadikan panjang atau berterusan, menyambung: kadang-kadang ia ~ tidurnya hingga fajar menyingsing; ~ perundingan; 2. menambah lagi (pelajaran, pekerjaan, dll), meneruskan: Hindun ber­sungguh-sungguh benar hendak ~ pelajaran­nya lagi; semua yg hadir diminta datang ke gedung kesenian utk ~ perkenalan; terlanjut terlebih (ukuran, perbuatan, dll),terlanjur; lanjutan sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; kelanjutan ekoran atau perkembangan (drpd perkara yg berlaku sebelumnya), sambungan, kelangsungan, kesinambungan: ~ drpd pertengkaran itu, Bidin dan Bujal tidak ber­tegur sapa selama dua hari; bagi membiak­kan keturunan dan mengekalkan ~ generasi manusia; perlanjutan perihal berterusan (ber­panjangan); ~ jenis Id pembiakan jenis (tumbuh-tumbuhan); pelanjutan perihal atau perbuatan me­lanjutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
langsai I1. sudah habis dibayar (hutang dll), jelas, lunas, selesai: hutang lama belum ~, hutang baru bertambah pula; 2. sl jelas (rupa, pandangan, dll), terang: akan Raden Inu setelah matahari ~, maka barulah ia bangun; hutang samir belum ~, hutang kajang tumbuh pula prb hutang dahulu belum dibayar, sekarang berhutang pula; sekali mengorak pura dua tiga hutang ~ prb menyelesaikan beberapa perkara dgn sekali lalu (buat); melangsaikan melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
baru I1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara ~; kereta jenis ~; majalah ~; 2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara ~; 3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai: basikal ~; kasut ~; 4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sbg: murid ~; ketua ~; 5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb): ikan ~; 6. moden: angkatan ~; 7. belum berapa lama lagi (dahulu): saya ~ datang; 8. apabila saja, sesudah: ~ digertak dia sudah lari; 9. pd masa itulah, pd ketika tertentu (berikutan dgn sesuatu dll): selepas saya jelaskan ~ dia sedar; 10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dgn baik, dll); baru-baru; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya spt baru: hasratnya utk ~ gaya itu sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas