Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.ga] | جوݢ

Definisi : 1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

 

Lihat selanjutnya...(308)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(62)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pun1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
sahaja1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja.Kamus Dewan Edisi Keempat
di samping1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
juga1 sama halnya dgn yg lain atau dgn yg disebut sebelumnya; pula; pun: Ada ~ orang yg suka makan durian dgn pulut. 2 selalu demikian halnya; berterusan; lagi: Emaknya sudah melarang dia supaya tidak mandi di sungai itu tetapi ia masih berdegil ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
serta1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bersantai-santaiberbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersantai, bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga;Kamus Dewan Edisi Keempat
meludahmembuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali;Kamus Dewan Edisi Keempat
berludahmembuang ludah, menge­luarkan ludah: dilarang ~ di merata-rata tempat; orang itu menyumpah-nyumpah, ~ dan memaki-maki; ~ ke langit (muka juga yg basah) = ~ naik ke langit, menimpa muka sendiri juga prb melawan atau membantah orang yg berkuasa, kita juga yg susah; sudah diludah dijilat balik prb sudah dihinakan dimuliakan kembali, sudah dicela dipuji kembali;Kamus Dewan Edisi Keempat
pada II1 tidak kurang dan juga tidak lebih drpd yg patut; cukup: Asal ada, kecil pun ~. 2 berasa senang kerana sudah sampai hajatnya; puas: Dgn harta yg sebanyak itu, hatinya masih belum ~ juga. berpada-pada 1 tidak berlebih-lebihan melakukan sesuatu; berbuat sesuatu dgn seada-adanya: Buat baik ~, buat jahat jangan sekali. 2 cukup juga walaupun tidak banyak. memadai dpt mengisi atau dpt memenuhi kehendak dll; mencukupi: Segelen minyak petrol tidak ~ keperluan utk menghidupkan enjin kapal terbang yg besar. memadakan 1 menjadikan pada; menganggap cukup; mencukupkan: Dia ~ gajinya yg kecil itu dgn berjimat-jimat. 2 menjadikan puas; memuaskan: Dia berbuat begitu utk ~ hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas