mengetuk | memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeret | 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bercukur | 1 sedang memotong janggut (jambang dsb) hingga ke pangkalnya dgn pisau dll: Bapa masih ~ di kamarnya. 2 dipotong hingga ke pangkalnya (bkn janggut, misai dsb): Janggutnya belum ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cukur | ; bercukur 1 sedang memotong janggut (jambang dsb) hingga ke pangkalnya dgn pisau dll: Bapa masih ~ di kamarnya. 2 dipotong hingga ke pangkalnya (bkn janggut, misai dsb): Janggutnya belum ~. mencukur memotong (rambut dll) hingga ke pangkalnya: ~ rambut. ~ kepala ki membuat sesuatu yg memalukan keluarga. pencukur 1 pisau dll utk mencukur. 2 orang yg mencukur; tukang cukur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cukur | ; bercukur 1. sedang memotong janggut (jambang dsb) hingga ke pangkalnya dgn pisau dll: Bapa masih ~ di kamarnya. 2. sudah dipotong hingga ke pangkalnya (bkn janggut, misai dsb). mencukur memotong (rambut dll) hingga ke pangkalnya: ~ rambut. ~ kepala ki membuat sesuatu yg memalukan keluarga. pencukur 1. pisau dll utk mencukur. 2. orang yg mencukur; tukang cukur | Kamus Pelajar |
seret I | (sérét); kasut ~ kasut yg dipakai di dlm rumah, cenela; menyeret 1. menarik sesuatu (dgn bergeser di tanah), menghela, mengheret: kemudian diseretnya sebuah kerusi dr kamarnya sampai ke ambang pintu; 2. membawa dgn paksa (orang dll), memaksa (orang dll) supaya menurut: mereka berdua telah diseret balik ke tempat persembunyian mereka; 3. = menyeret-nyeret membawa-bawa (ke dlm sesuatu perkara), melibatkan, menyebut-nyebut: ia berharap benar-benar agar ibunya tidak akan ~-nyeret perkara yg telah berlaku; namanya diseret-seret dlm lagu-lagu yg disukai oleh penuntut di sekolahnya; terseret (telah) diseret, terikut-ikut (melaku-kan sesuatu), turut terlibat (dlm sesuatu perkara dll), dipaksa mengikut (melakukan sesuatu dll): Mas Reso ~ ke dlm dunia main judi; seretan hasil atau tindakan menyeret: ketika itu terdengarlah bunyi ~ selipar menuju ke bilik itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beranjak | 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjak | ; beranjak 1. (berpindah, beralih) sedikit dr sesuatu tempat, berengsot: jangan ~ dr tempatmu; 2. bergerak meninggalkan sesuatu tempat: ketika subuh tiba barulah dia ~ dr beranda dan masuk ke kamarnya; menganjak, menganjakkan menggerakkan sesuatu dr sesuatu tempat, mengengsotkan: dia ~ gelas itu ke tengah meja; dianjak layu, dianggur (dicabut) mati prb tidak dapat diubah lagi (keputusan); anjakan hasil menganjak, engsotan; ~ gaji pergerakan gaji drpd tangga gaji semasa ke tangga gaji berikutnya pd satu peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Malaysia (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); penganjakan perbuatan menganjak, pengengsotan; penganjak bahagian drpd suatu perkakas utk menggerakkan supaya perkakas itu menjadi panjang atau pendek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meredah | 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr kamarnya ~ kesunyian malam; ® rejah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
redah II | ; meredah 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr kamarnya ~ kesunyian malam; ® rejah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |