sekalian | 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
maklum | 1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, menjadikan maklum, memberitahukan, mengkhabarkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah diketahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pemberitahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalian | kamu semua; sekalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kalian | kamu semua; sekalian. | Kamus Pelajar |
mengkema | Pr kamu semua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kome | (komé) Pr kamu semua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kamu sekalian | kamu semua; awak semua; kalian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kita | 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memaklumi | memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
assalamualaikum | Ar selamat sejahtera kpd kamu semua (lelaki dan perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |