kaum keluarga | saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaum keluarga | saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1. = kaum ~ saudara-mara, kaum kerabat, sanak saudara: ia sekarang telah berjauhan dr kaum ~nya; ~ diraja sanak saudara raja yg memerintah; ~ sedarah sekalian orang yg mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain (sama nenek moyang mereka); ~ semenda sekalian orang yg bertalian (menjadi sanak saudara) kerana perkahwinan; 2. seisi rumah tangga (yg terdiri drpd suami dan isteri atau berserta anak-anak), kelamin, famili: ada beberapa ~ sahaja dlm kampung itu yg hidup mewah; ia berasal drpd ~ yg kaya; kepala ~ orang yg menjadi kepala (ketua) isi rumah tangga; 3. saudara; ~ angkat saudara angkat; 4. kelas hiduphidupan, famili: ~ merpati; ~ reptilia; berkeluarga 1. mempunyai keluarga (famili, sanak saudara), bersaudara-mara, berkerabat, bersanak saudara: rumah itu tempat penginapan segala dagang yg gharib yg tiada ~; 2. berumah tangga dan hidup berkeluarga, berkelamin, beranak bini, berfamili: tak akan kau membujang selama-lamanya, suatu masa nanti akan ~ juga; kekeluargaan yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sbg anggota di dlm sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan): itu urusan dan masalah ~ semata-mata; hubungan ~ hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb); perkeluargaan persaudaraan, perhubungan (pertalian, yg bersangkutan dgn) keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluarga | 1 suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga: Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2 = kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat: Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~ sedarah keluarga yg seketurunan. 3 kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia. berkeluarga 1 mempunyai keluarga; berfamili: Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2 bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga: masalah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keluarga | 1. suami isteri serta anak-anaknya; seisi rumah tangga:Ia berasal dr ~ orang baik-baik. 2.= kaum ~ saudara-mara; kaum kerabat:Ia ingin bertemu dgn kaum ~nya di kampung. ~sedarah keluarga yg seketurunan. 3. kelas atau golongan benda hidup: ~ reptilia berkeluarga 1. mempunyai keluarga; berfamili; Wang sebanyak itu tidak cukup bagi orang-orang yg ~. 2. bersaudara-mara (dgn); bersanak saudara; berkerabat. kekeluargaan hal mengenai keluarga:masalah ~. | Kamus Pelajar |
rimbun | 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bangkang | ; membangkang mengatakan tidak setuju dgn; membantah: Kaum-kaum lain di Malaysia tidak ~ bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi sesudah tahun 1967. bangkangan kata-kata atau pernyataan utk membangkang: Dgn lantang, dia menyuarakan ~nya dlm mesyuarat itu. pembangkang orang yg membangkang; pembantah: Akhir-akhir ini, beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
majikan | orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja; bermajikankan mempunyai seseorang, sesebuah syarikat atau sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
matriarki | sistem masyarakat yg kaum wanitanya menjadi ketua keluarga, memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepatan | 1. tempat atau orang yg didatangi (utk menumpang bermalam dll): kaum kerabat ~nya tidak ada, tentu saja dia dibawa ke rumah kaum kerabat Leman; 2. orang tempat meminta pertolongan (perlindungan dll), tempat bernaung; 3. tempat orang datang berkumpul-kumpul dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |