terintegrasi | digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tercencang | tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyemahan | perbuatan dsb menyemah(kan): ~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tombong I | sombong; bagai ayam ditombong kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi prb perihal orang yg bercakap besar dan terdengar ke mana-mana tetapi kaumnya sendiri dlm kehinaan dan kemelaratan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpucuk | 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semah | (sémah) jamuan makanan dll yg diberi-kan kpd hantu atau orang halus (dgn sesuatu tujuan): kalau makyung itu akan dimulai, ketuanya akan membuat ~, menanam azimat dan memotong ayam; bersemah mengadakan upacara semah: dr sinilah timbulnya adat memuja pantai dan ~; menyemah menyediakan (menghidangkan) semah utk hantu atau orang halus, menjamu: istiadat merenjis tepung tawar atau ~ pantai adalah utk memujuk penunggu laut; menyemahkan menyediakan (menghidang-kan) sesuatu sbg semah, mengadakan semah: aku cadangkan supaya disemahkan dahulu tempat itu sebelum didirikan kelong; semahan semah; penyemahan perbuatan dsb menyemah(kan): ~ kali ini adalah kali terakhir, kerana itulah adat kaumnya; penyemah 1. semah, semahan; 2. orang yg menyemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
integrasi | gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cencang I | tetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takut | = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebu | sj tumbuhan (rumput berbatang tinggi dan beruas-ruas) yg menghasilkan gula, Saccharum officinarum; jenis-jenisnya: ~ batang, ~ betung, ~ gading, ~ hitam, ~ kapur, ~ madu, ~ telur, dll; ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat yg boleh dibuat ubat demam kepialu), akar (kulit) manis, Albizzia myriophylla; ~ kera sj tumbuhan (herba), pokok sampu landak, setawar hutan (jantan), Forrestia gracillis; ~ salah a) sj tumbuhan (rumput yg tingginya sampai 20 kaki atau 6.09 meter), buluh teberau, riung, Saccharum arundinaceum; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput gedabung, Phragmites communis; akar ~ gajah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cius (kayu manis, kepah), Acacia pennata; ~ masuk mulut gajah prb binasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi; ~ seruas berulat pula prb anak seorang tetapi penyakitan atau buruk pula perangainya; ~ setuntung masuk geraham gajah prb pemberian yg sedikit kpd orang yg kaya tentu tidak dihargainya; ber-tanam ~ di bibir = tanam ~ di bibir mulut prb mengeluarkan kata-kata yg manis utk me-mujuk (memuji dll); dapat ~ rebah prb mendapat keuntungan dgn tiada bersusah payah; diminta ~, diberi tembarau prb yg diminta dikabulkan tetapi kurang drpd yg diminta; jangan difikirkan kalau ~ itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga prb jangan disangka nasihat atau kata-kata orang yg jahat itu selamanya jahat; seliang bagai ~, serumpun bagai serai prb (orang yg) seia sekata; seruas ~ yg berulat (sebatangnya dibuang) prb Mn oleh sebab seorang yg bersalah (dlm sesuatu kaum) seluruh kaumnya dihukum; spt ~, airnya dimakan, hampasnya dibuang prb tiap-tiap perkataan yg didengar dr mulut orang hendaklah dipilih yg baik drpd yg jahat; tebu-tebu 1. ruas-ruas (berbentuk spt ruas pd gelang dll); 2. gelang-gelang (pd batang tombak, hulu keris, dll);bertebu-tebu 1. beruas-ruas; 2. bergelang-gelang; bertebu-tebukan sl menggunakan sbg gelang-gelang (tebu-tebu): maka baginda pun meng-anugerahi akan Laksamana keris dr Bukit Seguntang itu, bersangkar emas, bertatah-kan ratna mutu manikam, ~ emas dipahat; menebu-nebu menjadikan (membuat) bertebu-tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |