Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kayu yg digunakan sbg bahan api; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kayu yg dibakar sbg bahan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu api

Puisi
 

Tidak sajak membelah kundur,
     Sajak membelah kayu api;
Tidaklah sajak kubawa tidur,
     Sajak memicit hujung jari.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang,
     batangnya mati;
hinggap ke ranting,
     rantingnya patah.

Bermaksud :

Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berkas Iikatan atau susunan (kayu api, lidi, surat, dll): membeli beberapa ~ kayu api; ~ pembuluh gabungan saluran yg mengalirkan bahan makanan ke seluruh bahagian tumbuhan; memberkas 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh; 2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas;memberkaskan mengikatkan: basikal kami diberkaskan di belakang motokar;terberkas terikat dlm satu ikatan, tergabung;pemberkasan 1. perbuatan memberkas (mengikat); 2. perbuatan memberkas (menangkap, menahan, dsb), penangkapan: dlm ~ ini, terlibat juga beberapa ahli parlimen.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkasikatan beberapa benda, spt kayu api; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan: Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkasikatan beberapa benda spt kayu api dsb; kumpulan beberapa benda dlm satu ikatan:Ketika kembali dr ladang, ia membawa se~ kayu api. memberkas 1. mengikat beberapa benda dlm satu ikatan:Ia ~ tebu itu sepuluh-puluh setiap ikatan. 2. ki menahan orang-orang yg disyaki bersalah; menangkap:Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad.Kamus Pelajar
timbunkumpulan atau himpunan se­­suatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan se­­suatu bersusun-susun hing­ga merupa­kan tompokan; melong­gokkan; menom­pokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. pe­nimbun 1 pasir, tanah dll yg di­tim­bunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bakar; bahan ~ barang-barang yg akan dinyalakan (spt minyak tanah dsb); ikan ~ ikan panggang; kayu ~ kayu api; ~ tak berapi prb menaruh cinta tidak dgn sebenarnya; ~ tak berbau prb maksud jahat yg tersembunyi;membakar 1. menyalakan (memasang, menghanguskan) sesuatu dgn api: ~ kayu; ~ sampah; 2. memanaskan sesuatu (spt ikan, daging, pisang, dsb) di atas api supaya masak, memanggang: ~ pisang; 3. memasak sesuatu (spt kuih, ikan, daging, dll) dgn jalan memanaskannya dlm ketuhar: ~ kuih; ~ kapur; 4. ki membuatkan seseorang marah atau meradang: “Kalau engkau menjadi pemimpin, aku mesti kebuluran,” ia ~ hati isterinya; 5. ki menyemarakkan sesuatu perasaan (spt semangat, cinta, dsb): gadis itu menjeling dan melemparkan senyuman yg ~ jiwa orang muda itu; ~ semangat; 6. menyebabkan terasa sangat panas seolah-olah terbakar: panas yg kian terik dan ~ kulit kepala; dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);membakarkan membakar sesuatu utk: ia ~ anaknya ikan asin;terbakar 1. sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dll), habis dibakar; 2. ki menghangat, marah: emak ~, lalu dilemparkannya kayu kpd saya; ~ kampung kelihatan asap, ~ hati siapa tahu prb kesusahan seseorang jarang dipedulikan orang lain, kerana tidak kelihatan olehnya;kebakaran 1. kejadian sesuatu (rumah dll) yg sedang terbakar: ~ besar yg dahsyat telah berlaku pagi ini; 2. terbakar; ~ janggut Id bp bingung tidak keruan;pembakaran 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur;pembakar 1. orang yg kerjanya membakar sesuatu: ~ meriam; 2. yg membakar; bom ~ Id bom yg membakar; zat ~ Id oksigen; 3. (alat) yg digunakan utk membakar sesuatu: acuan ~ kuih.Kamus Dewan Edisi Keempat
pikul1 banyak yg dpt dibawa di atas bahu: Pd waktu itu, se~ kayu api berharga 30 sen. 2 ukuran berat yg beratnya 60.479 kg atau 100 kati. memikul membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pikul1 banyak yg dpt dibawa di atas bahu: Se~ kayu api berharga 30 sen. 2 ukuran berat yg beratnya 60.479 kg atau 100 kati. memikul membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api.Kamus Pelajar
mengebatmengikat; membebat: ~ kayu api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
timbunkumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api dll) yg berlonggok: se~ pasir.Kamus Pelajar
kayu apikayu yg dibakar sbg bahan api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas