Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke dalam

Puisi
 

Sudah melompat ke dalam kolah,
     Kolah itu bernama perigi;
Saya tidak berhati resah,
     Sebab kita sudah berjanji.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut;
     ke dalam keranjang longgar.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.

 

Lihat selanjutnya...(44)

276

Don't jump from the flying pan into the fire

Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar.

Dari lecah, lari ke duri

She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped.

Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari lecah, lari ke duri

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(45)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gentatlekuk ke dalam, kempis ke dalam.Kamus Dewan Edisi Keempat
cekung1 lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2 melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tulis(write)1. Tindakan merakamkan data ke dalam peranti simpanan ingatan. 2. Tindakan meletakkan data ke dalam liang, daftar, atau kedudukan ingatan.Kamus Komputer
input1. Proses membawa perisian atau data dari luar ke dalam sistem. 2. Perisian atau data yang dibawa ke dalam sistem untuk diproses. Bandingkan output.Kamus Komputer
cekung1. lekuk ke dalam (ttg mata atau pipi); cengkung: Ketika ia sakit dahulu, mukanya kelihatan ~. 2. melengkung ke dalam di bahagian tengah (ttg cermin); lw cembung.Kamus Pelajar
pemuatan dinamik(dynamic loading)Pemuatan modul atur cara ke dalam ingatan utama dengan merujuk atur cara utama yang telah dimuatkan terlebih dahulu ke dalam ingatan utama, bukan berdasarkan kedudukan tetap.Kamus Komputer
penampungan(patching)1. Proses mengubahsuai fungsi sistem komputer dengan menambahkan atau memasukkan komponen baru ke dalam sistem. 2. Proses memasukkan kod atau atur cara kecil ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal.Kamus Komputer
tambah(append)1. Tindakan memasukkan data di hujung dokumen atau rekod. Misalnya, memasukkan rekod baru ke dalam pangkalan data yang sedia ada atau memasukkan aksara ke dalam senarai atau rentetan aksara. 2. Suruhan atau fungsi yang menyuruh komputer melakukan tindakan menambah di hujung.Kamus Komputer
tampung(patch)1. Tindakan mengubahsuai fungsi tertentu sistem komputer dengan menambahkan atau memasukkan komponen baru ke dalam sistem. 2. Kod atau atur cara kecil yang dimasukkan ke dalam perisian sedia ada untuk membetulkan pepijat atau mengubahsuai fungsi perisian tanpa menyusun semula perisian asal. 3. Sambungan elektrik sementaa yang dipasang untuk membolehkan sistem terus berfungsi.Kamus Komputer
kunci perkakasan(hardware key)1. Peranti keselamatan yang perlu disumbatkan ke dalam perkakasan sebelum komputer atau sistem berkeselamatan boleh digunakan. Kunci ini digunakan untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menggunakan sistem. 2. Peranti yang perlu disumbatkan ke dalam liang komputer sebelum perisian berpelindung boleh digunakan. Kunci perkakasan digunakan oleh pembuat perisian untuk mengelakkan pembeli menyalin perisian secara bebas. 3. Peranti yang diperlukan untuk membuka atau menutup fail sulit yang elah dikodkan. Bandingkan kunci perisian.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas