recik | titik-titik air yg berhamburan ke sana sini; percik: ~ air hujan membasahi bajunya. merecik terhambur ke sana sini (bkn air dll); memercik: Dikibas-kibaskan tangannya yg basah itu dan air ~ ke lantai. mereciki merecik pd: Air hujan ~ langsir. merecikkan menyebabkan jadi merecik: Dia ~ minyak wangi sedikit pd bajunya. recikan sesuatu yg merecik (air dsb). perecikan perbuatan (hal dsb) merecik, mereciki atau merecikkan. perecik alat utk merecikkan (air dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lingas II | ; melingas memandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ ketika berada di bilik tamu itu; matanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan meninggalkan tempat itu; melingas-lingas memandang-mandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ melihat kalau-kalau ada tentera pengawal yg dapat mengesan jejaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
percik | titik-titik air dll yg berserak-serak ke sana sini (setelah air terhempas ke batu dll), recik, renjis; berpercikan berhamburan, bersemburan, bertaburan ke sana sini (bkn benda cair spt air dll): air hujan dr bumbung rumah mencurah jatuh menimpa batu dan ~; memercik menghambur ke sana sini (utk titik air dll): kereta itu berjalan dgn laju menempuh air menyebabkan air itu ~ ke kaki lima; ombak menghempas ke batu dan air laut ~ ke udara; memerciki menaburkan titik-titik air kpd, merenjisi: baju yg hendak diseterikanya itu dipercikinya dgn air; memercikkan menyebabkan berpercikan (air dll), merenjiskan: seorang lepas seorang ~ air mawar pd kedua-dua pengantin yg sedang bersanding; kain yg dipercikkan dgn air emas kain yg disulam dgn air emas; terpercik 1. kena percik (air dll): tepuk air di dulang ~ muka sendiri juga; 2. memercik, keluar menghambur: air di dlm bekas itu ~ bajunya; percikan 1. sesuatu yg memercik (air dll), renjisan: sudah nampak ~ air dan budak-budak berenang dan menyelam; luka matanya kerana termasuk ~ karat; 2. fikiran (perasaan, sinar, dll) yg tiba-tiba timbul atau memancar: beberapa ~ telah terbit dlm fikirannya; kelihatan ~ cahaya matahari menyuluh langit berpinar-pinar; pemercik alat yg digunakan utk memercikkan air dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
recik | titik-titik air yg berhamburan ke sana sini; percik: ~ air hujan membasahi bajunya. merecik terhambur ke sana sini (bkn air dll); memercik: Dikibas-kibaskan tangannya yg basah itu dan air ~ ke lantai. mereciki merecik pd: Air hujan ~ langsir. merecikkan menyebabkan jadi merecik: Dia ~ minyak wangi sedikit pd bajunya. recikan sesuatu yg merecik (air dsb). perecik alat utk merecikkan (air dsb). | Kamus Pelajar |
rambu III | ; kaki ~ bp orang yg suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa tujuan); merambu berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau ke sana sini, berkeliaran: ~ siang dan malam itulah kerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilir mudik | ke sana ke mari, pergi balik; sehilir semudik satu tujuan, sefahaman, sehaluan; menghilir mudik berbuat sekehendak hati; berjalan ~ berjalan ke sana sini, mundar-mandir; tak tentu ~nya tidak diketahui sebab-musababnya (asal usulnya dll); menghilirmudikkan melakukan (memperbuat) sesuatu sekehendak hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpancaran | keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melingas | memandang ke sana sini dgn pantas seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu: matanya ~ ketika berada di bilik tamu itu; matanya ~ memandang sekeliling semasa berjalan meninggalkan tempat itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeluyur | pergi ke sana sini (dgn tiada tujuan tertentu), berkeliaran, merayau(-rayau). | Kamus Dewan Edisi Keempat |