ampunan | 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
munajat | zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, keampunan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah. bermunajat melakukan munajat; berzikir dan berdoa: Setiap hari dia ~ semoga diredai Allah akan segala yg dilakukannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tidak nilai | sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maaf | 1 pembebasan drpd sebarang tun-tutan kesalahan dll; ampun: meminta ~ kpd ibu bapanya. 2 = maafkanlah meminta supaya tidak dimarahi; meminta supaya dibenarkan dll: Saya tidak dpt pergi, ~ saja. bermaaf-maafan saling memberi maaf. memaafi memberi maaf kpd seseorang; mengampuni: Walapun dia berbuat salah, saya ~nya kerana dia masih keanak-anakan. memaafkan memberi maaf atas kesalahannya dll; mengampunkan: Aku tidak mahu ~ kesalahannya. kemaafan hal atau keadaan bebas drpd kesilapan atau kesalahan; keampunan permaafan perbuatan atau hal bermaaf-maafan. pemaafan perbuatan (hal dsb) memaafi atau memaafkan; pengampunan. pemaaf 1 orang yg suka (selalu) memaafi atau memaafkan. 2 bersifat suka memaafi atau memaafkan: Dia dihormati kerana sikapnya yg murah hati dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ampun | kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi (seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nilai | 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |