bertukar tempat | a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabut I | kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalih | alasan (jawaban) yg diberikan utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas (tanggungjawab dsb), helah, muslihat: itu cuma satu ~nya sahaja; hendak seribu daya, tak hendak seribu ~ prb jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya; berdalih memberi alasan atau helah (utk menyembunyikan sesuatu atau melepaskan diri drpd sesuatu tugas, tanggungjawab, dsb): jangan engkau hendak ~ pula Kasim; apabila disoal dia cuba ~; berdalih-dalihan tuduh-menuduh (kata-mengata) utk membenarkan atau melepaskan diri masing-masing (dgn menyalahkan yg lain); mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg dalih, menggunakan helah: ia ~ bahawa titah itu belum didengarnya lagi; pendalih orang yg suka berdalih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawan | 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bencana | 1. (mara) bahaya, kecelakaan: melihat ~ yg menimpa lombong itu seram bulu tengkuk kami; ~ alam bencana kerana air bah (gempa, angin ribut, dll); 2. kesukaran, pengkhianatan, penipuan: banyak orang takut padanya, tetapi ia tidak berbuat ~; hendak seribu daya, benci seribu ~ prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;membencanai ark menyukarkan, mengkhianati, menipu;membencanakan membuat (membawa) bencana; kebencanaan sesuatu yg mendatangkan bencana, kecelakaan: humanisme Barat yg mendatangkan ~ dlm kesenian dan ilmu pengetahuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukar | bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memindahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |