kebayan | 1 = nenek ~ perempuan tua yg suka menolong orang-orang yg dlm kesusahan (biasanya dlm cerita lama). 2 orang suruhan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kebayan | 1. sl orang suruhan; 2. = nenek ~ perempuan tua yg menjadi perantara dlm percintaan antara pemuda dan pemudi (dlm cerita dongeng zaman dahulu); 3. Jw pegawai kampung (tugasnya menyampaikan perintah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebayan | 1. = nenek perempuan tua yg suka menolong orang-orang yg dlm kesusahan (biasanya dlm cerita lama). 2. orang suruhan. | Kamus Pelajar |
nenek kebayan | perempuan tua yg suka menolong orang-orang yg dlm kesusahan (biasanya dlm cerita lama). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nenek kebayan | perempuan tua yg menjadi perantara dlm percintaan antara pemuda dan pemudi (dlm cerita dongeng zaman dahulu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegur sapa | mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegur | 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, mengkritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingatkan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ mengajar hamba orang muda bebal; 4. mengganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukungan | 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betapa | 1. peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nenek | (nénék) 1. orang tua kpd emak atau ayah (umumnya emak kpd ibu atau bapa); datuk ~ nenek moyang; saudara se~ saudara sepupu; 2. = nenek-nenek panggilan umum kpd perempuan yg sudah tua: ~ kebayan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |