kecam-mengecam | saling mengecam antara satu sama lain: kedua-dua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecam I | ; mengecam mengkritik (keras), membidas, mencela: beliau ~ sikap setengah-setengah pegawai yg kerap menggunakan bahasa Inggeris dlm urusan-urusan pejabat; kecam-mengecam saling mengecam antara satu sama lain: kedua-dua pihak yg bertelagah itu ~ dan tidak mahu beralah; kecaman kritikan (yg keras), bidasan, celaan: pendapat ahli Parlimen itu telah menimbulkan ~-~ hebat drpd ahli-ahli agama; pengecam pembidas, pengkritik, pencela. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
politiking | bp kegiatan yg dilakukan utk kepentingan politik, mis berkempen utk memancing undi, menonjolkan diri seseorang utk mencapai sesuatu tujuan dll: ~ berlaku apa-bila seseorang yg belum layak dinaikkan pangkat mencuba menggunakan pihak-pihak luaran dan dalaman sesebuah organisasi; kurangkan ~ dan hindarkan kecam-mengecam ke arah pembangunan rohani rakyat seluruhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecam | ; mengecam menegur keburukan orang dll; mencela; membidas: Abdullah berani juga ~ perbuatan bangsa Belanda dan Inggeris dlm bukunya. kecaman kata-kata atau teguran ttg keburukan orang dll; celaan. pengecam orang yg mengecam; pencela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecam | mengecam menegur keburukan orang dll; mencela; membidas:Abdullah berani juga ~ perbuatan bangsa Belanda dan Inggeris dlm bukunya. kecaman kata-kata atau teguran ttg keburukan orang dll; celaan. pengecam orang yg mengecam; pencela. | Kamus Pelajar |