arked | (arkéd) laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dgn kedai-kedai kecil di kiri kanannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warung | kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, lepau: ~ makan; ~ kopi; berwarung mempunyai (berniaga) di warung, berlepau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
butik | kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bazar | kelompok kedai kecil atau gerai tempat menjual berbagai-bagai jenis barang (spt kain, buku, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedai lesen | bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerai | 1 bangku atau meja tempat meletakkan barang-barang jualan. 2 kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, barang-barang permainan dll. 3 tempat semacam bangku utk duduk-duduk atau utk berbaring. 4 tempat duduk pengantin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
warung | kedai kecil tempat menjual makanan, minuman dsb: ~ makan kedai makan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lepau I | 1. sl binaan tambahan pd rumah (di sebelah belakang), serambi dapur; 2. kedai kecil; 3. Pr bangsal atau pondok (biasanya di sawah); 4. Kd bahagian depan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerai | 1. bangku atau meja tempat meletakkan barang-barang jualan. 2. kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman, barang-barang permainan dll. 3. tempat semacam bangku utk duduk-duduk atau utk berbaring. 4. tempat duduk pengantin. | Kamus Pelajar |
gerai I | 1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |