kegoncangan | keadaan tidak tenteram (tidak aman dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kegoyangan | perihal goyang, kegoncangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goncang | 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~ ketika mendengar berita bkn kematian kawannya; menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan; tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk menggoncang sesuatu: ~ koktel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goyang | I 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi; bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut; menggoyang = menggoyangkan; menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb); tergoyang terayun, tergoncang; goyangan goncangan, ayunan; kegoyangan perihal goyang, kegoncangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |