esakan | sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin kencang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ribut I | 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado; hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ taufan angin ribut; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebab-nya maka terjadi sesuatu perkara; beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batuk | 1 sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2 bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejam batuk yg keras dan berulang-ulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batuk | 1. sj penyakit dlm dada yg menyebabkan seseorang mengeluarkan udara dr paru-paru dgn kencang dan kuat. 2. bunyi keras dan kencang yg dikeluarkan kerana penyakit batuk: ~nya terdengar sampai ke sini. ~ darah batuk dan mengeluarkan darah. ~ kering batuk yg tidak berkahak tetapi amat berbahaya. ~ kokol batuk yg sangat kuat dan lama pula. ~ rejan batuk yg keras dan berulang-ulang. | Kamus Pelajar |
esak | (ésak); sakit ~ sj penyakit susah bernafas; mengesak, teresak, teresak-esak tersedu-sedu (menangis): tiba-tiba dia ~, dia menangis; Jaliah menangis teresak-esak seorang diri;esakan sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin kencang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lari | 1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cepat | 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mempercepat gerakan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angin | 1. udara yg bergerak (sehingga terasa gerakan atau alirannya): ~ kencang sekali hari ini; 2. hawa, udara; mengambil ~ berjalan-jalan menghirup (menikmati) hawa yg bersih; 3. gas yg terdapat atau berkumpul dlm perut dan usus: perutnya berasa kurang sedap kerana berisi ~; membuang ~ kentut; 4. ki desas-desus, khabar yg belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi: ada ~ yg dia akan datang ke mari; 5. ki kosong, hampa, sia-sia: cakap ~; 6. kemungkinan, peluang, kesempatan: menantikan ~ baik; 7. sifat atau perangai yg tidak menentu (berubah-ubah tanpa sebab yg nyata): dia itu ada ~, kadang-kadang riang dan kadang-kadang muram; ~ ahmar keadaan yg timbul tiba-tiba apabila saluran darah ke otak pecah atau tersumbat, yg mengakibatkan kehilangan kemampuan utk menggerakkan sesetengah bahagian badan, strok; ~ badai angin ribut; ~ barat (barat daya dll) angin yg datang dr barat (barat daya dll); ~ bohorok (Sumatera) angin kering dan panas yg turun dr pergunungan; ~ (sorong) buritan angin yg datang dr buritan; ~ cekang kelat = ~ tegang kelat angin kencang; ~ darat angin yg datang dr darat; ~ ekor duyung angin yg datang dr berbagai-bagai jurusan; ~ gila angin yg tidak tentu arahnya; ~ gunung-gunungan angin besar; ~ haluan angin yg datang dr depan perahu; ~ hulu timur angin tepat dr timur; ~ indera bayu sl angin ribut; ~ kelambu menunggal angin utara yg membawa hujan; ~ kelambu sebelah angin utara yg tidak kencang dan tidak membawa hujan; ~ kepala angin utara timur laut; ~ lalu ki khabar yg tidak tentu benar salahnya; ~ langkisau angin puting beliung; ~ laut angin yg datang dr laut; ~ lintang angin kuat yg bertiup melintangi arah laluan kenderaan; ~ membakat = ~ menebing = ~ menumbuk kurung = ~ tumbuk kurung angin yg tepat dr buritan dgn ombak yg tinggi; ~ musim angin yg datang menurut musim tiap-tiap tahun; ~ paksa angin yg baik utk belayar; ~ pancaroba angin yg tidak tentu arahnya; ~ pasang pasang-pasang; ~ pengarak pagi angin pd waktu dinihari; ~ puting beliung = ~ puyu(h) angin yg berpusing-pusing; ~ ribut angin besar (bertiup dgn kencang), taufan; ~ sakal angin yg berlawanan dgn arah perahu; ~ salah angin yg tidak baik; ~ sapu-sapu = ~ sepoi-sepoi (bahasa); ~ selembubu ~ selung bubu angin yg berpusing; ~ sendalu angin yg sedang; ~ sepoi-sepoi (bahasa, basa) angin yg bertiup lembut; ~ sorong buritan = ~ turutan angin buritan; ~ taufan angin puting beliung; ~ tegang kelat sl angin kencang: maka baginda berbuat sebuah negeri terlalu besar, tujuh buah gunung di dalamnya, luas kotanya pd sepenampang sehari pelayaran ~ tegang kelat; ~ temberang buritan (haluan) angin yg serong dr buritan (haluan); ~ tenggara mandi angin keras dr tenggara; ~ tikus = ~ tukus angin pd awal angin tenggara; ~ timba ruang angin keras dr sisi perahu; ~ yahum angin tumbuk kurung; ~ berputar, ombak bersabung prb dikatakan bkn suatu perkara yg sangat sukar diselesaikan; ~ bersiru kami tahu prb Mn kami sudah tahu bahawa hal (niat) seseorang telah berubah; ~ tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam prb (Lampung) khabar-khabar yg ganjil itu tidak dapat disembunyikan (disimpan); ke mana ~ yg deras, ke situ condongnya = spt sepohon kayu, di mana ditiup ~, di sanalah ia condong prb dikatakan kpd orang yg tidak tetap pendiriannya; kalau tiada ~ bertiup takkan pokok ber-goyang = tak sebab kerana ~, pokok kayu maukah bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu hal; tahu di ~ turun naik prb orang-orang yg arif bijaksana tahu akan keadaan susah atau senang; seangin sedikit sahaja, sekelumit; angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah; 2. gelagat; angin-anginan panas baran, lekas marah; berangin 1. ada angin: hari panas dan tidak ~; 2. diketahui orang sedikit-sedikit: setelah ~ hal itu, dia pun ditangkap polis; ~ keluar terbuka rahsia (khabar dll); berangin-angin duduk di tempat yg ada angin (supaya sejuk): kedua-duanya pun ~ di beranda; mengangin 1. ark menjadi angin (hilang lenyap); 2. bertiup angin; 3. menumpah-numpahkan padi drpd nyiru supaya yg hampa ditiup angin dan terpisah drpd padi yg berisi: petani itu sedang ~ padi; mengangini memberi berangin, memasukkan (meniupkan) angin, mengipasi; menganginkan, mengangin-anginkan 1. = memperanginkan menaruhkan di tempat yg berangin (utk menyejukkan atau mengeringkan sesuatu), mengipasi: tembikar itu dikeluarkan dr tempat pembakar dan dianginkan hingga sejuk; 2. membayang-bayangkan, menyatakan dgn samar-samar: isterinya ~nya supaya anak mereka dijodohkan saja dgn anak saudaranya; terangin 1. kena angin; 2. tampak angin-anginnya (gelagatnya); terangin-angin tersiar khabar angin (desas-desus); peranginan 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk beristirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lari | 1. pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2. pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3. kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan):Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~ (-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~ (-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1. membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2. melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb):Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 3. mengalih (pandangan dll):Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan sesuatu berlari atau bergerak dgn kencang: Di jalan yg sibuk begini pun, dia ~ keretanya. larian 1. balapan tempat berlari atau tempat memperlarikan sesuatu: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2. (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1. hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2. = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1. orang yg berlari (dlm sukan dll). 2. orang yg melarikan diri; orang yg lari. 3. orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar:Garisan-garisan itu kelihatan ~ | Kamus Pelajar |
mendepani | 1. berada di depan sesuatu: tinggallah Masniah keseorangan yg sedang ~ Mat Deli dgn degup jantungnya yg kencang; 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului: Adi dirasakan begitu besar ~nya dlm setiap bidang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |