kepanasan | 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepanasan hati | kemarahan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepanasan | 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepanasan | 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Badannya berpeluh kerana ~. | Kamus Pelajar |
haba | 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, memanaskan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pemanasan, pembahangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suhu | darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda (badan, hawa dsb): ~ badannya 100oF. ~ bilik suhu normal dlm sesebuah bilik, biasanya pd sekitar 20oC. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hararat | Ar kepanasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suhu | darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda (badan, hawa dsb): ~ badannya 100oF. | Kamus Pelajar |
haba tentu | (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membahang | 1. menerbitkan kepanasan, (menjadi) sangat panas: debu di jalan berterbangan apabila dihembus angin yg bertiup ~ bara; 2. ki memerahkan (muka) kerana panas: marahnya ~ muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |