puji | (pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, menyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji kebaikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepujian | 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijazah | 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kredit | /krédit/ 1 jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2 kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3 butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4 (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5 darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kredit | /krédit/ 1. jumlah wang yg dipinjamkan; pinjaman: Bank Pertanian mengadakan ~ bagi semua bidang pertanian. 2.b kemudahan menangguhkan pembayaran barang yg dibeli: Apabila membeli secara ~, nama pembeli, tarikh dan banyaknya belian direkodkan. 3. butir perakaunan atau catatan di sebelah kanan buku akaun. 4. (jumlah) wang dlm sesuatu akaun kepunyaan seseorang, sesebuah syarikat dll. 5. darjah kelulusan bagi sesuatu mata pelajaran yg diikuti; kepujian. mengkreditkan mencatat butir perakaunan di ruang sebelah kanan buku akaun; mencatat atau memasukkan sbg kredit (dlm sesuatu akaun). | Kamus Pelajar |
puji | penghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puji | penghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas-pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1. sudah dipuji. 2. sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad s.a.w.. kepujian patut menerima pujian (kebaikannya dll); sangat terpuji, yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. | Kamus Pelajar |
pangkat | 1. sj tingkat (mahkota, bumbung istana, dll): dikenakan mahkota di hulu baginda dua belas ~; besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga-tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh ~ kemuncaknya; 2. lantai (pancapersada): maka ia menyuruh membuat pancapersada tujuh ~; 3. tingkat atau lenggek (rumah dll); 4. martabat, darjat, kedudukan: yg dipandang orang bukannya budi tetapi ~ dan harta; 5. tingkatan kedudukan dlm kerja (di pejabat, dlm ketenteraan, dll): Karim diberi ~ koperal; guru-guru besar yg ada hati perut mahu naik ~, mahu jadi guru-guru pelawat; gila ~ terlalu ingin mendapat pangkat; naik ~ a) mendapat pangkat (yg lebih tinggi); b) naik kelas; tanda ~ tanda yg menunjukkan pangkat; turun ~ a) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas; 6. kelas, darjah, tingkatan (di sekolah dll): murid-murid ~ lima; 7. taraf (darjah) kelulusan peperiksaan (sijil dll): kelulusan bahasa Melayu ~ kepujian; Sijil Persekolahan ~ satu; 8. tingkatan atau kedudukan dlm pertalian keluarga: dia ~ anak saudara pd saya; 9. Id hasil menggandakan sesuatu bilangan dgn mendarabkannya (beberapa kali) dgn bilangannya sendiri, kuasa: dua ~ tiga ialah 23 = 2 × 2 × 2; sepangkat 1. sama pangkatnya, setaraf, sedarjat; 2. sama umurnya, sebaya; berpangkat 1. mempunyai (memegang) pangkat: ketika itu suaminya bekerja menjadi S.C. tidak ~ apa-apa; sekarang ia ~ kapten; 2. mempunyai darjat (kedudukan) tinggi, bangsawan: di sekelilingnya dilihatnya orang tua-tua dan orang besar-besar yg ~ belaka; 3. berkedudukan tertentu dlm pertalian keluarga: dia mesti menziarahi ibu keluarganya kerana kewajibannya sbg orang ~ tua dlm puaknya; pulai ~ naik, manusia ~ turun prb manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yg baik; berpangkat-pangkat bertingkat-tingkat, bersusun-susun; memangkatkan 1. menentukan atau menetapkan pangkatnya; 2. mengangkat, melantik; 3. menaikkan sesuatu bilangan ke pangkat dua (tiga dll); kepangkatan perihal pangkat (martabat, darjah, dll); pemangkatan ark pemberian pangkat, pengangkatan, pelantikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |