piring warna Newton | sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas I | 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litmus | (Kim) bahan berwarna yg digunakan sbg penunjuk kpd hadir tidaknya asid atau alkali (yg biru bertukar warna menjadi merah dlm larutan asid dan yg merah menjadi biru dlm larutan alkali); kertas ~ kertas turas yg berisi tepu dgn litmus dan digunakan sbg penunjuk asid-alkali dlm kimia analisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas bunga | sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencetak warna | alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencetak warna | alat yg boleh mencetak teks, carta, lukisan dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cetak | /cétak/ cap (tanda, huruf) pd kertas atau pd kain: mesin ~ mesin utk menurunkan tulisan pd kertas dsb. bercetak dlm bentuk cetak; sudah dicetak. mencetak 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. mencetakkan mencetak utk. tercetak telah dicetak; termeterai. cetakan apa-apa yg dicetak (buku dsb). percetakan 1 (segala) urusan yg berkaitan dgn hal menghasilkan bahan bercetak. 2 tempat atau syarikat mencetak: pejabat ~. pencetakan perbuatan atau hal mencetak. pencetak 1 orang atau syarikat yg mencetak. 2 alat utk mencetak. ~ laser pencetak yg menggunakan sinaran laser utk menghasilkan cetakan (teks, imej dsb) yg lebih jelas. ~ matriks bintik ist pencetak yg membentuk setiap aksara cetakan berdasarkan matriks yg mengandungi corak bintik aksara. ~ warna alat yg boleh mencetak teks, gambar dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencetak | 1. orang (syarikat perniagaan dll) yg mencetak; 2. orang yg kerjanya mencetak, tukang cetak; 3. alat-alat yg dipakai utk mencetak; ~ warna alat yg boleh mencetak teks, carta, lukisan dsb dlm berbagai-bagai warna pd kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
loleng | (loléng) C pelita kertas yg berwarnawarna, tanglung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asid | (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah; ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, penghasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kumpulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan; ~ lemah asid yg tidak tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mineral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;berasid mengandungi asid;mengasid menjadi asid;mengasidkan menjadikan asid;keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larutan;pengasidan proses mengasidkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |